Tahniah!! Sama cantik sama padan, Abang Viva tamat zaman bujang.

Sukarelawan banjir, Azwan Omar yang popular dengan panggilan Abang Viva dilaporkan sudah selamat mendirikan rumah tangga dengan wanita pilihan hatinya, Evanoza.

Berita gembira itu dikongsi seorang jurugambar, Azizi Ang menerusi sebuah posting di laman Facebook yang merakam foto pernikahan pasangan tersebut.


“Alhamdulillah, abang Viva dah kahwin guys! Tahniah kepada Azwan Omar dan isteri tercintanya Evanoza. Selamt pengantin baru. Admin doakan semoga bahagia selalu,” tulisnya pagi ini.

Bagaimanapun, tiada butiran lanjut dikongsi mengenai majlis pernikahan lelaki berusia 30 tahun itu tetapi rata-rata netizen mengucapkan tahniah atas perkahwinan yang dibina.

Sementara itu, Evanoza seolah-olah terkejut apabila perkahwinannya mendapat perhatian sekali gus mengucapkan terima kasih atas doa yang dititipkan orang ramai.


“Errrr…..hmmmm… I kena cakap apa2 ke? Aduhai.. TQ pada semua yang mendoakan… Eva orang biasa, life macam orang lain juga…

“Simple is better. Bahagia bukan bergantung apa yang kita post di media social,” katanya dalam satu posting di Facebook sebentar tadi.

Terdahulu, Abang Viva mencipta fenomena sendiri kerana membantu mangsa banjir di Selangor dengan menggunakan Perodua Viva dan sebuah bot yang dibawa di atas bumbung keretanya dari Melaka.

Sumber: Facebook Azizi Ng , Evanoza

LihatTutupKomentar