Difahamkan, punca kejadian berpunca daripada pergaduhan adik-beradik yang berebut tempat duduk dalam kereta ketika pulang dari sekolah sebelum berlarutan sehingga tiba di rumah mereka.
Kakak tak sengaja
Terbaharu, ibu kepada kedua-dua beradik terlibat itu tampil menceritakan semula kejadian ketika ditemu bual dalam sebuah siri televisyen realiti jenayah tersohor Malaysia iaitu 999 yang disiarkan di TV3.
Menerusi rakaman dimuat naik semula oleh pengguna TikTok, si ibu menceritakan kakak (suspek) tidak sengaja menikam adik lelakinya (mangsa) dalam insiden berkenaan.
"Tapi, saya rasa nak kata dia alami tekanan itu tidak. Saya rasa dia tak sengaja sebab benda (pisau) itu memang berada di situ. Saya rasa dia tak sengaja,”ujar ibu mangsa.
Bukan berebut kerusi
Malah, wanita berusia 43 tahun itu mengatakan kejadian sebenar yang berlaku bukanlah disebabkan mereka berdua berebut tempat duduk dalam kereta seperti didakwa pada awalnya, sebaliknya cuma bergaduh mulut sahaja.
“Bukan berebut kerusi cuma ia dijatuhkan dan si adik suruh naikkan semula. Dia cakap kakak, kakak pekak ke ini semua. Mereka bergaduh mulut. Dia kata lain kali kalau abang minta tolong, kakak tak nak tolong lagi.
“Dia mula dengan provokasi. Saya minta mereka senyap, dah, dah, dahlah panas ini,”cerita ibu mangsa
Cerita wanita itu, dia mula terkejut apabila anaknya seorang lagi memanggil namanya bagi memberitahu keadaan mangsa kepadanya yang ketika itu sudah berlumuran darah.
Ya Allah, abang.. maafkan kakak, kakak tak sengaja, jangan benci kakak.. apa kakak dah buat..
Jelasnya lagi, selepas dia membaling pisau berkenaan sehingga mengenai bahagian leher adik lelakinya, si kakak terus menangis panik dan berkali-kali menyalahkan dirinya selain tidak henti-henti meminta maaf.
“Ya Allah, abang.. maaafkan kakak, kakak tak sengaja, jangan benci kakak.. apa kakak dah buat ni,”katanya.
Walau bagaimanapun, wanita itu cuba tenangkan anak perempuannya dengan mengatakan kejadian berlaku di luar jangkaan dan perbuatan tersebut bukanlah disengajakan.
Peguam tak setuju si ibu ditemubual wartawan
Akan tetapi, seorang peguam bernama Asiah Abd Jalil tidak bersetuju dengan penyiaran temubual oleh wartawan bersama ahli keluarga suspek. Ia berikutan kedua-dua suspek terlibat adalah anak wanita itu sendiri.
Sumber : OhMyMedia