Buat gimik dit1pu Bang Jamal, Baby Shima mohon maaf – “Kalau dikec4m, saya reda”.




Penyanyi Baby Shima memohon maaf sekiranya terdapat pihak merasa tert1pu dengan g1mik dilakukan sebelum ini, kononnya dit1pu Bang Jamal yang melarikan sejumlah wang ringgit.

Menurut lap0ran Harian Metro, penyanyi berusia 30 tahun itu berkata, Bang Jamal itu adalah judul single baharunya yang telah dilancarkan di saluran YouTube.

“Bagi yang rasa dirinya dit1pu, saya minta maaf. Kalau dikec4m menggunakan teknik pemasaran sebegini, saya reda. Saya mempunyai cara tersendiri memberikan hiburan.

“Malah kalau dilihat perkongsian video berhubung Bang Jamal ini, boleh nampak ia bukan ‘content’ ser1us. Pengikut yang sudah lama ikuti akaun Shima tahu ada sesuatu benda baharu bakal diumumkan.

“Mungkin penyampaian serta lakonan saya meminta semula wang dipulangkan dalam kadar segera tamp4k hidup hingga membuatkan sebilangan orang percaya,” katanya.

Menerusi pemerhatian, lagu ciptaan Zai Hamzah dan diterbitkan oleh Harry Khalifah itu sudah meraih hampir 466,000 tontonan selepas dua hari dilancarkan.

Terdahulu, Baby Shima atau nama sebenarnya Nor Ashima Ramli meminta Bang Jamal yang kononnya ‘sc4mmer’ itu memulangkan kembali duitnya selepas g4gal dihubungi.

Sumber: Harian Metro (Zaara Talita) , Instagram Baby Shima

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

LihatTutupKomentar