“Saya sudah 2 tahun tiada job, Saya sedia Berdamai dengan Hidayah..” – Ali dedah tak mampu bayar saman secara…


ENGGAN BERMUSUH – ALI PUTEH SEDIA BERSEMUKA DENGAN HIDAYAH & SELESAI SEMUANYA SECARA BAIK

“Saya bersedia untuk bersemuka dengannya dan menyelesaikan semuanya secara baik. Sebelum ini satu sebuah stesen televisyen yang mahu temukan kami, tetapi bagi saya jika mahu berdamai tidak perlulah diberitahu kepada khalayak. Tidak perlu dihebahkan atau diviral.

“Tak perlu! Kalau saya jumpa pun, biarlah saya lakukan sendiri. Kalau kita nak bermusuh selamanya pun tak ada guna. Aib keluarga saya tak pernah hebahkan pun,” itulah kata pelawak Ali Puteh memberitahu dia bersedia untuk bersemuka dengan balu kepada arwah abangnya, Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Mohd Ali untuk menyelesaikan segala kemelut yang berlaku.

Meskipun sudah dua tahun berlalu, namun kemelut antara Ali dengan Hidayah masih hangat diperkatakan lagi. Ujar Ali, dia tidak mahu jika ada pihak yang sengaja mahu menjadikan kisah mereka menjadi tontonan umum. Dalam pada itu, Ali turut berkata, dia sedia membantu Hidayah untuk menyelesaikan hal berkaitan tuntutan faraid.

“Dia juga boleh berjumpa saya untuk selesaikan segala masalah berkaitan dokumen bagi tuntutan faraid dan sebagainya tanpa sebarang syarat. Emak dah meninggal dunia. Hanya tinggal ayah saya saja. Datang la jumpa kami, dia perlukan tanda tangan dari ayah. Tuntutan faraid itu bukan kerja solo. Kalau dia datang kenapa saya nak bertekak?” jelasnya.


Pada Februari lalu, balu Allahyarham Abam Bocey itu menang kes saman fitnah dan Ali Puteh diperintah membayar ganti rugi RM60,000 kepada kakak iparnya.

.

Terdahulu,


.Balu kepada Allahyarham Abam Bocey mengesa agar adik iparnya, Ali Puteh untuk segera membayar saman tanpa sebarang ansuran seperti yang dinyatakan pelawak itu sebelum ini.


Tanpa kaedah ansuran ye!

Memetik laporan dari Harian Metro, Hidayah atau nama sebenarnya Siti Norhidayah Mohd Ali meminta Ali supaya melunaskan RM60,000 seperti yang dinyatakan oleh mahkamah sebelum ini dalam kadar segera tanpa kaedah ansuran.


Nak cepat selesai, nak fokus besarkan anak

Menurutnya, kaedah yang diminta Ali sama sekali tidak disetujui olehnya kerana telah memberikan tempoh masa yang agak lama dan mahu fokus membesarkan anaknya, Syed Uthman Hamzah serta perniagaan yang diusahakan.


“Saya tidak bersetuju dengan bayaran secara ansuran kerana perkara ini sudah diberi tempoh masa yang agak lama serta peguam saya juga memberi notis selama 21 hari untuk memberi kerjasama, tetapi pihak sana (Ali) tidak memberi sebarang jawapan.

“Dengan ini, saya menegaskan untuk pihak sana segerakan bayaran tanpa sebarang ansuran kerana saya tidak mahu ada sebarang perkara yang tidak diingini berlaku agar tidak ada perkara berbangkit kerana hal ini adalah perintah mahkamah yang jelas.

“Saya juga ingin fokus dengan kehidupan saya dan Hamzah (anak) serta bisnes saya. Jadi, saya minta permudahkan urusan saya dan bayar dalam kadar segera kerana saya telah beri ruang dan tempoh masa yang agak lama sebelum ini. Hal ini akan diketengahkan dengan tindakan segera jika pihak sana masih melengah-lengahkan dan tidak memberi kerjasama,” katanya.


Dalam pada itu, Hidayah juga mengatakan yang pihaknya dan peguam tidak pula menerima sebarang surat mengatakan mahu membayar secara ansuran seperti yang diuar-uarkan sebelum ini kepada media.


Terdahulu, Ali Puteh atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ada mengatakan yang bayaran saman berjumlah RM60,000 itu akan dilunaskan secara ansuran kepada pihak Hidayah. Ujarnya, proses pembayaran tersebut masih dalam perbincangan membabitkan peguamnya dan peguam Hidayah.


Sumber: Harian Metro (Norhayati Nordin)

LihatTutupKomentar