Nampak gayanya konflik antara pelakon Zarina Anjoulie bersama bekas tunang, Datuk Seri Khazrul Elzey masih belum menemui titik noktah.
Anju kaki pukul, penagih dadah
Ia berikutan dakwaan Khazrul mengatakan Zarina atau mesra disapa Anju seorang penagih dadah dan kaki pukul selain mempunyai konflik dengan ibunya sendiri sehingga sudah beberapa kali dihalau keluar dari rumah.
Bukan itu sahaja, Khazrul yang juga seorang ahli korporat menjelaskan dia tidak mengambil kesempatan demi memuaskan nafsu berhubung kunci rumahnya dimiliki pelakon tersebut.
Jelasnya, dia mengetahui soal agama dan memilih untuk tidur berasingan bagi mengawal nafsu selain mempunyai anak perempuan Julia Sharapova yang sudah memahami situasi.
Tunjuk bukti kalau betul…
Tidak berdiam diri, pemilik nama Zarina Anjoulie Lavocah Mohd. Fahizul tampil bersuara dan menjawab segala dakwaan yang dilontarkan oleh bekas tunangnya menerusi sesi ‘live’ di aplikasi TikTok.
Ujar aktres berusia 36 tahun, sekiranya benar dia seorang penagih (kini) dan kaki pukul, bekas tunangnya itu patut menunjukkan bukti kukuh daripada bijak berkata-kata di media sosial.
“Cakap memanglah boleh cakap, saya pun boleh cakap macam-macam. Bezanya kalau Anju cakap pasti ada bukti dan resit. Nak cakap? Hari-hari pun boleh.
“Takpelah, nak fitnah, fitnahlah. Setiap hari orang boleh cakap, saya pun boleh buat cerita macam-macam. Saya tahu macam-macam benda yang betul,”ujarnya.
Tambah Anju, dia menerima segala kebenaran mengenai kisah silamnya dan warganet turut sedia maklum mengenai sejarahnya terdahulu. Katanya lagi, dia hanya menjadi diri sendiri dan tidak ‘fake’ berlakon menjadi baik di media sosial.
Kalau betul penagih, kaki pukul, kenapa bagi jaga anak?
Apa yang menjadi tanda tanya dalam fikiran Anju adalah ‘sebab’ bekas tunangnya itu membenarkan dia menjaga anak perempuannya, Julia Sharapova.
“Kalau Anju ni penagih, kaki pukul anak, teruk, anda rasa seorang Datuk Seri yang kerja korporat, nak ke bagi jaga anak dia? Cuba fikir logiklah.
“Kalau aku ni kaki bantai, aku teruk, kaki dadah, awak (netizen) rasa, dia (Khazrul) nak ke bagi Anju jaga anak dia? Kalian sendiri nampak Anju bawa anak dia pergi sana sini, nenek jaga. Cuba fikir logik,”soal Anju.
Alamak! Nampak gayanya isu ini masih berteruslah nampak gayanya apabila masing-masing mendedahkan ‘aib’ sejak dua minggu lalu. Agaknya, bila boleh selesai dan hidup dengan aman damai ya?
Sumber: TikTok selebewviral