Usahawan mengelvh, bonet Lamborghini kecil nak simpan duit – “Muat RM2 juta je”

 


 Seorang pengasas produk kecantikan tampil menjawab soalan pengikut yang bertanya sekiranya berbaloi untuk memiliki kereta model Lamborghini seperti digunakannya dalam kehidupan seharian.

Menerusi satu video di aplikasi TikTok, usahawan wanita itu bagaimanapun mengelvh kerana ia tidak berbaloi memandangkan kenderaan mewah tersebut mempunyai saiz bonet yang kecil.

Bonet muat RM2 juta je!

@farhanazahra91 Hmmm xberbaloi betul , tengok la tu muat 2 juta je duit yg ayunieso bagi , nanti lagi 8 juta yg dia kena bayar cikna nak letak mana 😭😭😭 #lamborghini #bodyguard #cikna ♬ original sound – Farhana Zahra

Lebih menarik perhatian netizen apabila dia berkata, ruang bonet kecil itu menyebabkan dirinya tidak dapat memuatkan sejumlah duit bernilai jutaan ringgit dipercayai diperoleh daripada hasil perniagaan.

“Okey ramai tanya, berbaloi ke beli kereta Lamborghini ni? Jom saya tunjuk berbaloi ke tak.. hmm tak berbaloi sebabnya dalam bonet ni, muat RM2 juta je.

Jadi tak berbaloi beli kereta ni, sebab bonet dia kecil.. boleh letak duit sikit je,” katanya dalam video dimuat naik baru-baru ini.

Difahamkan, usahawan berkenaan juga seolah-olah ‘bvntu’ mencari ruang untuk menyimpan duit kerana akan menerima lagi pembayaran sebanyak RM8 juta daripada rakan perniagaan.

“Mmm tak berbaloi betul, tengok la tu muat RM2 juta je duit yang Ayunieso (rakan bisnes) bagi, nanti lagi RM8 juta yang dia kena bayar nak letak mana,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Video berdurasi hampir seminit itu meraih 1.8 juta tontonan dan lebih 5,000 komen netizen yang rata-rata mengkrit1k aksi usahawan itu seperti gemar mempamerkan kekayaan.

Tidak kurang juga terdapat segelintir individu melabel usahawan tersebut sebagai riak selain meninggalkan pelbagai ayat berbentuk sindir4n.

Bila-bila Allah boleh tarik rezeki

Mungkin hidupnya sedang diuj1

Buka bonet pun macam susah, kereta sewa ke?

Kenapa la jadi macam ni…

Riak! Tanah yang bersifat langit

Mungkin itu antara taktik perniagaan dilakukan. Makin banyak kec4man, makin laris produk dijual. Apapun jangan gemar menunjuk, ris4u sekiranya ada mata-mata ‘j4hat’ yang memerhati.

Sumber : TikTok

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

LihatTutupKomentar