Pasangan Pngantin Yg Tak Bayar Duit Catering RM26k Akhirnya Terima Padah. “Kalau Tak Cukup Duit Kahwin, Buat Doa Selamat Je”

    


Seorang wanita meluahkan rasa kesalnya terhadap sepasang suami isteri yang didakwa tidak melunaskan bayaran perkhidmatan katering milik keluarga mertuanya, walaupun sudah 10 bulan mendirikan rumah tangga.

Menurut pengadu, pada awal perbincangan, mereka ada meminta bayaran pendahuluan dari pasangan itu beberapa kali. Tetapi pasangan berkenaan memberi alasan tidak dapat berbuat demikian, namun berjanji akan melunaskan pembayaran penuh selepas habis majlis.

Antara menu yang dipilih pasangan itu adalah, dua ekor kambing golek ,makanan untuk 1850 tetamu, makanan beradab pengantin, demo set- 5 set, air minuman oren jenama A&N untuk seribu botol dan kesemua itu berjumlah 26k

“Kita ni bukan tak minta deposit, dah minta.. sampai sehari majlis dah minta depo. Tapi tak ada, sebab fikirkan kesian esok diorang tak ada makanan dan dah janji nak bayar full selepas majlis. Kita proceed saja sebab orang kampung dan ada bau-bau bacang sikit.

“Sebelum ini pun mostly penduduk Kampung Selabak baik tau, tak pernah tak bayar katering. Dia ni je entah sesat mana, tak reti membayar.

“Minta tempoh dua bulan nak bayar selepas kantoi bagi cek tendang. Tapi dah nak masuk bulan 10, masih sendu ya. Siap ugut kalau viral, tak nak bayar. Eh kau pahal? Siapa hutang siapa?” kata pengadu.

Difahamkan, ada beberapa lagi individu yang turut menjadi m4ngsa pen!puan pasangan terbabit. Pihak pengadu telah membuat laporan p0lis dan akan memfailkan tindakan undang-undang bagi menuntut hak mereka.

Sumber: Facebook Komuniti Kuantan via http://gstv.vip/

LihatTutupKomentar