Fara memaklumkan kucing kesayangan berbaka Mainconne hilang sejak dua hari lalu di sekitar Segamat, Johor dan merayu agar ia dipulangkan kepadanya.
“Sesiapa yang duduk di kawasan Lubuk Batu Segamat, kalau ternampak atau pun terambil kucing saya, sila pulangkan semula.
“Sudah dua hari dia tidak balik,” katanya dalam linangan air mata.
“Sudah dua hari dia tidak balik,” katanya dalam linangan air mata.
Dalam pada itu, Fara sedia memberi ganjaran berbentuk wang tunai kepada individu yang berjaya menemui kucing kesayangannya itu.
Video berkenaan dimuat naik Fara menerusi Instagram miliknya pada Jumaat.
Kata Fara, dia tidak pernah rasa kehilangan seperti ini sehingga jatuh sakit selama dua hari akibat merindukan kucingnya.
“Saya merayu untuk orang baik jujur pulangkan kucing saya. Kalau anda minta bayaran Insya Allah saya akan usahakan bayaran untuk yang memiliki kucing saya.
“Saya cuma nak dia balik je.
Saya tak pernah sesakit ini, dah dua hari saya sakit terbaring keadaan saya teruk. Pulangkanlah saya merayu sangat,” katanya lagi.
Sehubungan dengan perkongsian itu, rata-rata warganet bersimpati kepadanya selain memberikan beberapa tip agar kucingnya segera ditemui semula.
“Macam mana boleh hilang? Fara lepas dekat luar ke?
“Saya pun pernah hilang kucing siap buat solat hajat. Saya faham rasa sedih itu,” antara komen netizen.
Bagaimanapun, terdapat dakwaan mendakwa kucing tersebut telah diambil dan dijual di laman Facebook.
Terdahulu, nama Fara Salleh pernah menjadi bualan hangat netizen apabila dikatakan menjadi orang ketika dalam rumah tangga Shuk dan isterinya Rossa Sera sekitar dua tahun lalu.
Dahulu Shuk Sahar, terpalit dengan tuduhan telah berkahwin dengan wanita yang didakwa kekasih gelapnya selama ini, Farah Salleh.
Terkejut dengan dakwaan itu, Shuk mengaku dirinya masih belum berkahwin dengan wanita itu dan enggan mengulas panjang mengenai hal tersebut.
“Belum berkahwin. Pada saya, kalau nak buat apa pun berkaitan dengan hubungan saya, lebih baik saya selesaikan satu persatu isu yang ada dahulu. Hubungan saya dengan Sera pun tak tahu pengakhirannya macam mana.
“Jadi, saya sedang aturkan yang terbaik. Bukan untuk kehidupan saya, tetapi untuk semua pihak, daripada semua sudut, keluarga dan anak-anak.
“Doakanlah yang terbaik sebab saya pun dah penat nak cakap itu dan ini,”katanya ketika ditemui di gerai minuman Semooth sempena Fiesta Ramadan di Aeon Big, Seksyen 23, di sini, semalam.
Tambah Shuk lagi, dia juga sudah serik untuk terlalu banyak memberi hujah atau penjelasan setiap kali isu mengenainya timbul dan diperdebatkan netizen.
Sumber : utusan