ALOR GAJAH : Tiga sekeluarga ma.ut dalam kemala.ngan di KM216 arah utara di Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) di sini hari ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Gajah Muhamad Ezanee Hamat berkata 21 anggota bomba dari BBP Alor Gajah, Ayer Keroh dan Tampin bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima panggilan pada 11.02 pagi.
Beliau berkata kemala.ngan membabitkan sebuah kereta Honda Jazz yang dinaiki tiga beranak dengan sebuah lori tiga tan, dan pasangan suami isteri berusia 20-an serta anak lelaki mereka yang berusia satu tahun itu didapati meni.nggal dunia di tempat kejadian.
“Pemandu lori pula tidak mengalami sebarang kecede.raan dan ketiga-tiga jena.zah dihantar ke H0spital Alor Gajah untuk be.dah sia.sat,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Alor Gajah Supt Arshad Abu berkata Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, dan isterinya Zubaidah Abd Rajak, masing-masing berusia 28 tahun serta anak tunggal mereka, Muhammad Rizqi, menin.ggal dunia dalam kemala.ngan, manakala pemandu lori itu pula dikenali sebagai Mohamad Asri Abdul Razak, 43.
“Hasil sias.atan di tempat kejadian mendapati Mohamad Asri yang sedang menjalankan kerja-kerja pembaikan pembahagi jalan telah berhenti di lorong paling kanan dan sedang dalam proses meletakkan kon apabila kereta dipandu Muhammad Nazirul Syafiq datang dari arah belakang dan melan.ggar lori berkenaan.
“Akibat perlan.ggaran tiga ma.ut di tempat kejadian akibat pa.rah di kepala manakala pemandu lori ditahan bagi membantu sias.atan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Beliau berkata tiga sekeluarga itu dikatakan sedang dalam perjalanan dari Johor Bahru, Johor untuk bercuti ke Kuala Lumpur semasa kejadian.
Sumber : bernama