Salman Rushdie mungkin buta

  


NEW YORK: Penulis buku 'The Satanic Verses' Salman Rushdie terpaksa menggunakan mesin ventilator dan mungkin buta sebelah mata, selepas ditikam di New York.


Ejennya Andrew Wylie dalam kenyataan bertulis kepada REUTERS berkata, pengarang itu tidak boleh bercakap dan saraf di lengannya terputus.


"Khabar buruk. Salman mungkin akan kehilangan sebelah mata, saraf di lengannya terputus, dan hatinya rosak akibat ditikam," kata Wylie.Suspek Hadi Matar, 24, dari New Jersey, ditahan selepas didakwa menyerbu ke atas pentas dan menikam penulis buku itu, sekurang-kurangnya sekali di leher dan perut.

Polis mengenal pasti suspek yang ditahan sebagai Hadi Matar. - Foto AP
Polis mengenal pasti suspek yang ditahan sebagai Hadi Matar. - Foto AP

Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York. - Foto AP
Penulis kontroversi Salman Rushdie, cedera selepas ditikam di atas pentas di sebuah acara di Institut Chautauqua, New York. - Foto AP

Rushdie dibawa ke hospital sejurus serangan yang berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan. - Foto AP
Rushdie dibawa ke hospital sejurus serangan yang berlaku sekitar jam 11 pagi waktu tempatan. - Foto AP

Salman cedera selepas ditikam di atas pentas pada acara sastera di Institut Chautauqua, New York pada Jumaat.

Polis masih mengenal pasti motif serangan dan percaya suspek bertindak bersendirian.

Salman menerima ancaman sejak akhir 1980-an apabila pemimpin agama Iran Ayatollah Khomeini mengeluarkan fatwa hukum bunuh terhadapnya, susulan penerbitan bukunya yang menghina agama Islam. - REUTERS

Polis New Jersey berkawal di bangunan Salman Rushdie, ditikam. - Foto REUTERS
Polis New Jersey berkawal di bangunan Salman Rushdie, ditikam. - Foto REUTERS


sumber : BHonline

LihatTutupKomentar