'Diana apa ke nama tu? Saya tak perlu komen' - Fazura

  


Kuala Lumpur: Fazura mengambil pendekatan untuk tidak mengulas susulan namanya terkait dengan isu 'komen Diana' yang timbul ketika sesi siaran langsung TikTok oleh Neelofa, baru-baru ini.

Fazura berkata, dia tidak perlu untuk menjawab soalan mengenai isu itu kerana ia tiada kena mengena dengan dirinya.

"Saya rasa ini tiada kena mengena dengan saya, Diana ke apa nama tu. Saya ada mendengar mengenai isu itu. Soalan ini tidak seharusnya diajukan kepada saya. Apa yang berlaku di luar sana saya tidak tahu menahu.

"Daripada komen perkara yang saya tidak tahu, lebih baik saya fokus pada apa yang saya lakukan sekarang," katanya ketika ditemui di majlis sidang media Faztival Fazura di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai tindakan Neelofa yang menzahirkan rasa kurang senang terhadap komen seorang netizen ketika dia sedang bersiaran langsung di TikTok.

Pengguna bernama Diana itu meninggalkan komen bertubi-tubi mengenai bagaimana bagusnya jika Fazura juga mengeluarkan produk inai seperti Neelofa.

sumber : hmetro


LihatTutupKomentar