Perjalanan ke stesen bas bertukar tragedi, Anak Doktor Ahmad Wazi meninggal dunia dalam kereta. Salam takziah

CHUKAI: Dua pelajar kolej kejururawatan maut selepas kereta yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan di Kilometer 145, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, dekat kawasan Perindustrian Telok Kalong, petang tadi.

Dalam kemalangan kira-kira jam 1.37 petang, Muhammad Ilman Waiz Ahmad Wazi, 18, maut di tempat kejadian manakala Muhammad Amirul Adli Mohd Anuar, 18, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Kemaman, kira-kira jam 3 petang.

“Pemandu dan penumpang kenderaan pacuan empat roda berusia 21 dan 28 tahun yang juga pekerja syarat petrokimia tidak cedera,” katanya.

Hanyan berkata, orang ramai yang menyaksikan kejadian itu membantu mengeluarkan mangsa sebelum menghubungi polis.

“Kesemua mangsa adalah pelajar sebuah Kolej Kejuruteraan TATIUC di Teluk Kalong dan mereka dalam perjalanan dari kolej ke stesen bas ekspres di bandar Chukai.

“Kedua-dua mayat mangsa kemudiannya dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

“Petang tadi dikejutkan satu berita Dr Ahmad Wazi Ramli dan Siti Syaffurah Mohd Sharif serta seluruh ahli keluarga telah kehilangan insan tercinta Muhammad Ilman Waiz. Sakit dada dibuatnya mendengar perkhabaran duka ni. Salam takziah buat Dr sekuaga.
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعون” – Norita

“Petang td dihubungi oleh sahabat yg mengendalikan Unit Forensik Hkmn, Mohd Suhaimi memaklumkan tentang pemergian Muhammad Ilman Waiz, anak sulung kpd sahabat baik saya, Dr Ahmad Wazi Ramli yg diuji dgn musibah dan dijemput kembali kpd si Penciptanya. Sempat bercakap dan mengucapkan takziah kpd Dr Wazi..getaran suaranya jelas yg beliau sedang menahan sedih. Namun beliau seorang yg kuat dan tabah..semoga roh anakanda ditempatkan bersama para syuhada’ dan solihin, serta dipermudahkan segala urusan.” – Ryan

Sumber BH

Ucapan Takziah Kematian
إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman…. Aaamiin Ya Robbal Aalamiin..
LihatTutupKomentar