Pelajar kolej maut kereta dipandu terbabas rempuh pokok

SEORANG pelajar kolej maut manakala tiga lagi rakannya cedera selepas kereta yang dinaiki hilang kawalan lalu merempuh sebatang pokok di Kilometer (KM) 174, Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Jasin ke Tangkak, Ahad lalu.

Dalam kejadian pada 1.15 petang, mangsa, Puteri Nurbarizah Mohd Zaihan, 20, yang juga pemandu kereta disahkan maut di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Pelajar Kolej Uniti Port Dickson itu dikatakan dalam perjalanan pulang dari kolej untuk pulang ke kampung di Kulai.

Setibanya di tempat kejadian, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan lalu berpusing sebelum terbabas dan merempuh sebatang pokok.

Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Unit Forensik Hospital Bintulu bagi bedah siasat manakala tiga rakannya yang cedera dibawa ke Hospital Tangkak untuk menerima rawatan.

Sebaik sahaja urusan bedah siasat selasi, jenazah telah dibawa ke Kulai untuk dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Besar.

Kes berkenaan disiasat mengikut 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 


Sumber: wowberita.my


LihatTutupKomentar