“Kadang gaduh sampai seminggu tak bercakap” selepas hampir 3 tahun, pelakon Siti Elizad buat keputusan mengejvtkan ini

Selepas hampir tiga tahun berkhidmat, pelakon dan penyampai radio, Siti Elizad Sharifuddin mengumumkan semalam (Jumaat) merupakan hari terakhirnya ke udara bersama rakan penyampai Hefny Sahad.

Menurut Elizad, dia sudah tentu akan merindukan setiap momen-momennya bersama Hefny, yang juga merupakan popular“Salam kesayangan semua. Hari ni my last day di DUO SINAR. Confirm akan rindu dan ingat semua moment bersama sAinarian dan kau hefnysahad .

Sedih jgk lah. “Pasangan saya selama tiga tahun. Kita bekerja sebagai sepasukan. Kita bincang, rancang, dan bekerja kerasa bersama-sama untuk menambahbaik perjalanan kita sebagai penyampai radio,” tulisnya.

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon filem Rock itu menerusi entri terkini di laman Instagram.

Dalam pada itu, Elizad turut merakamkan ucapan terima kasih buat Hefny yang telah banyak membantunya mengenai ilmu-ilmu tentang dunia penyiaran radio.“Kadang-kadang baik, kadang-kadang bergaduh sampai seminggu tak bercakap.

But as for us, we still respect each other . “Thank You Abam Hefny for being my partner in crime. Kawan teman makan, ride dan teman membawang. All the best untuk kau di Duo Sinar dan partner baru nanti.

“Jangan lupa kawen kau , aku part salam kerok okayhh. Bye HEP2. Im back for shooting,” akhirinya. Melihat di ruagan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa sedih selain turut menitipkan ucapan selamat buat apa sahaja perkara yang akan dilakukan oleh Elizad selepas ini.

“Ala sedih. Dengar Sinar petang-petang pun sebab Elizad. All the best dalam apa jua bidang selepas ini. “Moga dipermudahkan semuanya.“Ala sedihnya. Saya suka gandingan Elizad dan Hefny. Btw, all the best Elizad.

Penyampai radio yang best. “Kamu pasti akan dirindui.“Mesti akan rindu gelak ketawa Elizad dengan Hefny. Kalau peminat call Elizad mesti suka menyakat. Kita pun terbahak-bahak gelak,”

antara komen-komen netizen di Instagram.Pada masa sama, Elizad memberitahu, dia kini sudah bersedia untuk kembali aktif berlakon selepas ini.

Lapan tahun tanpa zuriat – Siti Elizad pasrah

Memiliki zuriat sendiri merupakan impian setiap pasangan suami isteri di dunia ini. Sentiasa memohon agar impiannya dimakbulkan Tuhan, pelakon terkenal, Siti Elizad Sharifuddin tidak pernah berhenti daripada terus berdoa untuk memiliki cahaya mata sendiri satu hari nanti.

Dia yang juga penyampai radio Sinar FM itu hari ini sekali lagi mengundang sebak ramai apabila menitipkan ucapan ulang tahun perkahwinan kelapan buat suami tercinta, Shamsul Baharin Rahman.

“Selamat ulang tahun perkahwinan kelapan sayangku. Saya tiada ucapan panjang untuk awak sebab setiap kali ulang tahun perkahwinan pasti saya akan cakap ‘insya-Allah tahun depan pasti kita bertiga.’

“Rasa-rasanya sudah boleh tukar dialog itu, sudah lapan tahun menanti,” tulisnya dalam satu hantaran Instagram. Tidak pernah menyalahkan takdir, pelakon drama Puteri Yang Ditukar itu percaya Allah SWT telah menyusun aturan hidupnya dengan baik. “Percaturan Allah itu lebih baik.

Reda dan pasrah. “Selamat hari ulang tahun perkahwinan, berbulan madu selama-lamanya. Hanya kita berdua, doakan kami ya semua,” katanya lagi. Sebelum ini, pemilik nama penuh Siti Elizad Mohd Sharifuddin itu pernah meluahkan rasa kecewa dalam media sosial apabila terdapat segelintir netizen yang menuduhnya sebagai wanita mandul kerana masih belum dikurniakan zuriat.

Untuk rekod, Elizad pernah disahkan hamil sekitar Oktober 2020 namun mengalami kegugurqn beberapa minggu selepas itu.Terdahulu, dia juga pernah berkongsi momen menjalani proses rawatan kesuburan In-vitro fertilisation (IVF) pada sejak Oktober 2020 untuk mendapatkan cahaya mata. Untuk rekod, Elizad dan Shamsul mendirikan rumah tangga pada 11 Januari 2015.

Sumber : gem pak
LihatTutupKomentar