Dalam Bank D1percayai Ada 30K Tapi Tak Memberi Tahu Suami Walaupun Suami Svsah

Dalam Bank D1percayai Ada 30K Tapi Tak Memberi Tahu Suami Walaupun Suami Svsah

Nama aku Murni, seorang pegawai kerajaan dengan Gred 44. Berusia 36 tahun dan mempunyai anak anak.

Aku sudah 13 tahun berkahwin, dengan seorang suami yang mempunyai pekerjaan tetap tetapi tidaklah bergaji setara aku.

Apa yang ingin aku kongsikan adalah berkenaan sikap suami aku. Walau dia tahu, gaji aku besar, tetapi dia tidak pernah bertanya apa yang aku buat dengan gaji aku.

Di awal perkahwinan, aku hanyalah penganggur. Dari sekecil benda semuanya mengharapkan suami. Walau bagaimanapun, selepas memperoleh pekerjaan, aku tetap meneruskan hidup seperti biasa walaupun aku mampu untuk bermewah dengan gaji aku.

Kami tidak pernah beli benda baru yang betul betul bau kedai. TV, peti ais, mesin basuh, periuk nasi, seterika, semuanya suami beli di kedai secondhand terutama di cash converter.

Barang anak anak juga begitu. Stroller, car seat semuanya second hand. Aku tidak pernah merungut pun, walaupun aku mampu untuk beli yang baru.

Aku terima dengan gembira malah meraikan sikap suami yang pada aku bijak berbelanja. Kalau tak berkenan pun diam sahaja. Jangan memperlekeh suami.

Aku beranggapan begini, kita sebagai isteri, jangan tunjukkan sangat yang kita ini berkemampuan, berduit atau berharta.

Suami aku, walaupun tidak bergaji besar tetapi rajin. Dia berniaga secara online menjadi ejen dropship, malah kadang kadang menjadi runner.

Ada sajalah kerja partime yang dibuat asal dapat menambah pendapatan. Kerja kerja rumah juga dilaksanakan dengan baik.

Daripada membantu menjaga anak, mengemas, menggosok baju, mencuci pinggan, malah mengemop lantai adalah biasa dilakukan. Hanya memasak saja yang tak berapa pandai.

Dengan sikapnya yang begini, aku sangat bersyukur malah tidak berkira untuk berbelanja dalam rumah tangga kami.

Tetapi aku takkan menawarkan diri untuk membantu dengan begitu sahaja. Selagi suami tidak buka mulut untuk pinjam duit aku, memang aku buat tak tahu.

Aku tulis semuanya dengan ayat yang besar hutang dan tampal di pintu almari bilik kami.

Walaupun aku tak pernah tuntut semula. Tetapi suami tetap membayarnya dengan cara yang lain. Seperti membayarkan bil telefon, mengisi minyak kereta, top up touch n go. Sikit sikit dia akan menanda “sudah bayar” Begitu lah.

Perkongsian aku ini mungkin nampak biasa biasa sahaja bagi sesetengah orang. Tetapi aku sudah melihat ramai rakan rakan aku yang dipergunakan oleh suami mereka terutama apabila melibatkan wang.

Tak dapat bergaya, tak dapat beli apa yang kita suka, malah terpaksa pula berbelanja untuk keluarga.

Bukan itu maksud aku Yang aku maksudkan ialah perkahwinan perlu give and take.

Juga perlu win win situation. Bukan soal siapa bread winner, siapa power atau siapa kaya.

Suami, jangan ambil kesempatan pada isteri. Jangan mempergunakan isteri.

Isteri yang bahagia, bukan asbab kayanya seorang suami. Tetapi bahagia kerana suami yang bertanggungjawab, menghormati, belas ihsan dan sentiasa menyenangkan hati. Lebih utama, suami yang faham agama.

Sumber:balikdulu
LihatTutupKomentar