Suami R4tap Pemergian S4mbil R4ngkul B4yi Di Sebelah J4sad, Isteri M3ninggal Dvnia Selepas B3rsalin

Suami R4tap Pemergian S4mbil R4ngkul B4yi Di Sebelah J4sad, Isteri M3ninggal Dvnia Selepas B3rsalin

Perasaan teruja menanti kehadiran cahaya mata tidak dapat disangkal lagi di kalangan bakal ibu bapa dan pastinya masing-masing sudah ‘bersiap siaga’ dan bersengkang mata untuk menjaga bayi yang dilahirkan nanti.

Isteri pergi buat selama-lamanya selepas dua hari bersalin

Namun begitu, lain pula keperitan yang dialami oleh seorang lelaki dari Indonesia ini apabila isteri tercinta dijemput Ilahi.

Difahamkan, isterinya merupakan seorang doktor itu disahkan meninggal dunia pada hari Isnin lalu iaitu dua hari selepas melahirkan bayi perempuan mereka.

Rangkul anak di sebelah jasad isteri

Apa yang meruntun hati apabila lelaki yang dikenali sebagai Fadly Fachrezy meratap pemergian isterinya, Megawaty Saiful sambil mer4ngkul erat bayi yang baru lahir di sebelah jasad wanita tersebut.

Sesungguhnya, perasan yang dirasai oleh Fadly pada ketika itu tidak dapat digambarkan apabila dia terpaksa menerima hakikat sebenar bahawa isterinya sudah pergi buat selama-lamanya.

Tak henti menangis sepanjang majlis pengebumian

Bukan itu sahaja, menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman Instagram abang Allahyarham Megawaty Saiful, kelihatan Fadly tidak henti menangis dan cukup lemah sepanjang majlis pengebumian berlangsung.

Janji akan jaga dan besarkan anak dengan sebaik mungkin

Selain itu, Fadly meluahkan kerinduan terhadap isterinya menerusi beberapa perkongsian di laman Insta Story miliknya.

Pun begitu, sedar dengan tanggungjawab yang dipikul, dia juga berjanji akan menjaga dan membesarkan anak mereka dengan sebaik mungkin.

Salam takziah diucapkan

Lantaran itu, ramai mengucapkan takziah atas pemergian isteri tercinta.

Sumber:ohmymedia
LihatTutupKomentar