Pelakon, Puteri Sarah Liyana mendedahkan dirinya pernah nekad untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang individu yang didakwa telah mengganggu serta membulinya di alam siber.
Bagaimanapun, dia memutuskan untuk tidak meneruskan laporan tersebut atas dasar simpati serta menghormati bapa kepada individu berkenaan.
“Kena kacau dan buli siber dengan teruk tapi tiada siapa nak pertahankan I. Pergi report polis tapi kesian punya pasal, tak teruskan.
“Bapak dia minta maaf bagi pihak dia. Dia pun diam,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelakon dan pengarah popular, Syamsul Yusof itu menerusi sebuah video yang dimuat naik di aplikasi Tik Tok.
Namun, Sarah mendedahkan individu berkenaan dilihat seakan tidak serik dan kembali menganggu ketenteramannya.
Enggan lagi memberi muka, ibu kepada dua orang cahaya mata ini memaklumkan dirinya bakal mengambil tindakan undang-undang yang lebih tegas terhadap individu terbabit.
Bagaimanapun, sehingga kini Sarah masih belum lagi mendedahkan mengenai siapakah gerangan individu yang mengganggunya itu.
“Alih-alih kena kaca dua tiga kali lebih teruk. Tak pernah habis. Menyesal tak teruskan dulu.
“Sekarang, dua orang peguam akan datang kepada kamu. Berdialah, mana mahu lari,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyokong tindakan tersebut selain turut memberikan kata-kata semangat buat Sarah.
“Awak laya dapat yang lebih baik. Satu Malaysia sokong you.
“Kami satu Malaysia sokong awak. Dengan doa daripada kami, semoga dipermudahkan segala urusan.
“Come on. Jangan bagi muka.
“Hati you kering sis. I sokong you.
“Semoga kemenangan berpihak untuk awak. Ameen,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sehingga kini video berdurasi 15 saat itu telah meraih lebih 1 juta tontonan dan dihujani ribuan komen di Tik Tok.
Menerusi beberapa hantaran di Instagram. Sarah kini dilihat sedang bercuti bersama anak-anaknya di Istanbul, Turki.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Tik Tok Puteri Sarah via MH