Sampai saja di rumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul. Jiran – jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis…
#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum. Nama aku Safiya berusia 29 tahun merupakan ibu kepada tiga cahaya mata. Aku menulis di sini kerana ingin bertanyakan pendapat para pembaca semua. Aku kini hanya tinggal 29 hari (semasa menulis ini) sebelum hari perbicaraan.
Sebelum aku mulakan kisah dengan lebih lanjut. Mari aku ceritakan latar belakang aku. Aku semasa bersekolah merupakan pelajar cemerlang, top debater peringkat daerah, public speaker yang mewakili daerah ke peringkat negeri, wakil daerah bola jaring.
Namakan apa – apa aktiviti ko-kurikulum dan akademik. Mesti aku yang jadi wakil sekolah. Namun begitu, ketika aku berumur 17 tahun sesuatu terjadi hingga merubah segalanya. Aku berkenalan dengan seorang lelaki yang menjadi suami aku ketika berumur 16 tahun.
Kami hanya bercakap, message dalam phone sahaja. Tidak pernah berjumpa sehinggalah cuti sekolah pada bulan Disember. Kami berjumpa. Pada mulanya aku hanya ingat dia mahu berjumpa macam orang lain. Keluar makan, tengok wayang tapi sebaliknya yang terjadi.
Dia telah membawa aku melakukan perkara terkutuk itu walaupun aku tak nak. Dia mem4ksa aku. Dan ketika itu aku sedar yang aku nie hanya untuk dimain – mainkan dan aku berjanji tak akan jumpa dia lagi. Setelah sebulan, akhirnya aku perasan yang aku tak peri0d, kerap s4kit kepala, makan munt4h.
Aku tahu aku mengandung tapi aku sembunyikan dari pengetahuan semua orang. Aku pergi sekolah macam biasa, buat macam biasa. Ketika itu aku tidak lagi berhubungan dengan suami. Sehinggalah ketika aku mengandung 20 minggu, mak aku perasan perut aku dan ketika itu aku terp4ksa berterus terang dengan mak aku apa yang jadi.
Keluarga aku mengambil keputvsan untuk nikahkan aku. Aku hanya mengikut walaupun aku tak nak bernikah dengan dia. Sebab setelah check suami aku ketika itu memang ade berhubungan dengan perempuan lain. Aku akur dengan keputvsan keluarga sebab aku tahu memang aku yang salah.
Kalau aku tak ambil keputvsan untuk jumpa lelaki tu mungkin aku tak akan mengandung. Setelah bernikah, aku tetap meneruskan pelajaran aku. Aku mengambil SPM ketika mempunyai seorang anak. Aku memperoleh 6A tapi hanya melanjutkan pengajian di kolej swasta kerana tidak dapat tawaran ke ipta.
Mungkin sebab status aku yang dah berkahwin. Banyak perkara yang bercanggah selepas aku kahwin. Sebagai contoh asal usul suami, dia cakap dia dari negeri P. Setelah tengok surat beranak dia. Mak bapak dia orang negara jiran dan dia tidak pernah bersekolah sepanjang hidup dia.
Dia dibesarkan oleh jiran – jiran dan bekerja sejak umur 8 tahun. Aku ada bertanya tentang keluarga suami namun suami aku nampak tidak berminat dengan pertanyaan aku. Suami aku merupakan salesman used car yang bergaji RM400, walaupun sikit tapi Alhamdulillah cukup untuk kami sekeluarga.
Walaupun pada mulanya susah, namun suami aku seorang yang bijak mengambil peluang. Dia banyak buat kerja tambahan untuk menampung keluarga. Pada awal perkahwinan, memang kami kerap berg4duh. Mungkin sebab aku cemburu.
Dia juga tetap berhubungan dengan kekasih dia. Pernah jugak aku terbaca mesej dia. Dia cakap walau macam mana pun dia tetap sayangkan perempuan tu. Perkara tu buat aku rasa sedih, rendah diri. Aku rasa dia hanya terp4ksa mengahwini aku.
Dia pernah cakap kat aku, anak tu bukan anak dia. Mungkin anak orang lain sampai dia terp4ksa kahwin dengan aku. Tapi aku yakin dan pasti sebab tiada lelaki lain yang pernah sentuh aku kecuali dia. Akhirnya, bila anak keluar dan muka sama macam dia baru dia mengaku.
Kami kerap berg4duh ada sekali dia pukuI guna kasut sampai Iebam di tangan namun setakat itu saja yang dia buat. Selebihnya banyak perkataan yang meny4kitkan apabila berg4duh. Sehingga tahun keenam perkahwinan, suami mula berubah.
Banyak duduk di dalam bilik. Sebabkan aku boleh access account dia, banyak transaksi pindahan wang yang mencurigakan. Akhirnya aku dapat tahu dia aktif berjvdi online. Setiap kali aku tanya setiap kali itulah aku dipukuI sehingga lebam, tak boleh bangun.
Selepas jvdi, aku jumpa d4dah pula. Dalam beg dia tapi dia cakap kawan dia punya. B0doh – b0doh aku percaya. Sejak jumpa d4dah, dia tak menjalankan tanggungjawab dia. Duit tak pernah bagi. Kerap minta duit kat aku. Aku tetap bertahan.
Ketika aku mengandung anak yang ketiga, perut aku pernah dipijak ketika sarat. Alhamdulillah takde apa yang teruk terjadi. Cuma ketika itu aku hanya mampu berdoa kalau aku terani4ya, aku harap Allah tunjukkan jalan untuk aku.
Setelah bersalin, aku buat keputvsan untuk berpantang di rumah mak aku. Setelah 2 minggu berpantang, aku ambil keputvsan pulang ke rumah. Sampai saja di rumah, keadaan rumah berselerak. Apabila aku tengok atas katil, aku tahu suami aku ada bawa perempuan lain dan perkara itu betul.
Jiran – jiran nampak suami aku bawak perempuan lain. Itupun jiran bagitahu selepas suami aku ditangkap polis. Ada satu hari ketika anak aku main telefon suami, aku tergerak hati untuk buka whatsapp suami. Aku nampak banyak screensh0t transfer duit kat acc nama perempuan dan suami aku panggil perempuan tu baby.
Aku tanya suami aku perihal itu, akhirnya aku dipukuI teruk. Bibir pecah, kedua – dua mata aku Iebam. Tangan, kaki Iebam. Aku dipukuI selama 6 jam. Suami aku bawa aku ke satu tempat dan dia cakap dia akan pastikan aku m4ti hari tu juga.
Anak – anak ada di rumah pada masa tu termasuk baby berusia 40 hari. Setelah aku teruk dipukuI, akhirnya suami hantar aku pulang ke rumah dan dia terus keluar rumah. Aku buat keputvsan untuk laporkan kepada polis.
Polis suruh aku pergi hospitaI untuk check up. Setelah beberapa hari suami aku ditangkap. Aku buat keputvsan untuk berpindah dan mulakan hidup baru. Alhamdulillah kehidupan di tempat baru okay, cuma aku sembunyikan status aku daripada pengetahuan kawan – kawan sekerja.
Suami aku ditahan reman di sebuah penjara kerana tidak mampu membayar wang ik4t jamin. Aku ada melawat suami di penjara. Nampak keadaan dia m4kin okay. Sebelum suami masuk penjara, aku ada failkan cerai. Suami ada bagitahu yang dia tak nak bagi kerjasama.
Dia akan buat hidup aku tersiksa. Disebabkan aku berpindah ke tempat lain, aku pun jadi malas nak teruskan kes penceraian. Atas faktor kos perjalanan dan cuti. Aku baru berkerja dan aku tak nak orang terbeban aku cuti.
Semasa melawat suami aku, dia cakap dia akan ceraikan aku kalau aku tarik balik kes. Semasa sebutan kes cerai yang pertama, bila hakim cakap setuju atau tak dia nak ceraikan aku. Dia cakap dia sayangkan aku lagi. Aku bersetuju untuk tarik kes.
Aku dah tarik balik laporan polis yang aku dah buat. Jujur aku cakap masa tu pun aku masih sayangkan dia, nak dia ada bersama besarkan anak – anak. Lagi – lagi bila tengok baby aku nie. Kesian. Langsung tak pernah rasa kasih sayang seorang bapa.
Cuma masa PKP ni aku tak kerja banyak masa terluang, aku banyak membaca sebab aku pun ada major depr3ssion dan anx1ety selepas apa yang jadi nie. Akhirnya aku dah sedar, aku tak perIukan dia lagi dalam hidup. Anak – anak dah boleh terima apa yang jadi nie.
Sehingga ke hari nie, walaupun penjara dah boleh melawat. Aku memang dah tak nak jumpa dia. Khamis lepas sebutan kes di mahkamah seksyen. Peguam negara minta kes diteruskan dan dibicarakan. Bulan depan aku kena datang sebab diminta angkat sump4h jika tak nak teruskan kes.
Kalau orang tanya apa yang aku nak ketika ini, aku hanya nak diri aku bebas dari seorang lelaki yang bernama suami. Bagi aku kalau dia dibebaskan lagi senang aku nak bercerai ataupun keputvsan yang aku buat ni salah.
Aku mohon pandangan semua tentang apa yang jadi dan aku minta komen pembaca semua tentang apa kaedah penceraian yang boleh aku mohon. Terima kasih semua. – Penyembuh kesayanganku (Bukan nama sebenar)
Komen Warganet :
Zalikha Zahidan : Dear… Awak dah separuh jalan nak cerai dan bebas dari orang macam laki tu. Takkan nak patah balik. Berbaloi ke kalau tarik kes tetiba tak jadi cerai atau jadi lagi teruk. Fikir pasal diri sendiri dan anak – anak. Yakinlah Allah akan bantu h4mba – h4mbanya yang kesusahan. Semoga kuat ye sis.
Mas Isnani : Biarkan dia dalam penjara, lepastu failkan fasakh. Sebab dia memang tak boleh tunaikan tanggungjawab dia pun. Tak guna terus jadi pvnch bag dan tanggung biawak hidup. Anak – anak tak perlu hidup dalam tr4uma tengok bapak tak guna pukuI bantai mak diorang.
Encik Buyungz : Sebagai seorang lelaki.. dan teramat faham per4ngai lelaki acane. Saya minta puan jadi pandai sikit. Teruskan dengan kes. Mulakan hidup baru dan cari orang yang selayaknya untuk puan. Kalau puan tarik balik kes.
Dia keluar.. percaya lah.. dia takkan ceraikan pon puan. LagiIah dia buat puan lebih mend3rita. Sume tu umpan untk puan tarik balik kes jer. Dia takkan berubah jika diberi kemaafan yang senang – senang. Biar dia jalani hukvman dan renung kembali diri dia. In sha Allah dah kuar nanti dia akan amik tahu hal ank – anak. Majoriti kat sini suruh teroskan.
Sumber: https://hai.mehbaca.com/submit/