Netizen Sudah Tidak Percaya Lagi Anggap Marketing Samp4h, AliffSyukri Bersvmpah Atas Nama Allah Pekerjanya Kena R4suk Bukan Berlakon Atau Gimik

Sejak bulan lalu, ada saja kontroversi terpalit usahawan sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri lebih-lebih lagi muzik video lagu rayanya yang mencetuskan sensasi.

Terbaru, perkongsian dikongsikan usahawan itu sekali lagi menjadi perhatian apabila memuat naik video detik cemas salah seorang pekerjanya telah dirasuk.

Menerusi posting di Instagram itu, Aliff bersumpah bahawa kejadian itu benar-benar berlaku dan bukannya gimik.

Kata Aliff lagi, dia turut pelik dengan pekerja wanita tersebut dimana tenaganya mengalah peninju antarabangsa, Hulk Hogan.

Seperti sudah disangka, di ruangan komen rata-rata netizen mengatakan video tersebut adalah marketing untuk mempromosikan produk keluarannya.

Dalam pada itu, ada yang mengatakan susah untuk percaya apatah lagi sebelum ini pelbagai drama terpalit usahawan itu.

Dalam perkongsian tersebut, dia memaklumkan yang stafnya telah dirasuk oleh jin. Menerusi video itu, dapat dilihat yang seorang staf wanita tiba-tiba berlari serta menjerit dan Aliff yang kebetulan berada disitu datang membantu.

Namun begitu, diakhir video tersebut, dia sempat mempromosikan garam keluaran syarikatnya sehingga mendapat pelbagai reaksi daripada netizen.

Mana tidaknya, kebanyakkan mereka mulai tidak mempercayai setiap ‘drama’ daripada Aliff Syukri kerana sudah banyak kali posting berkaitan marketing produknya tular hanya untuk mendapatkan perhatian warganet.

Sementara itu, ada netizen mengatakan mungkin video kali ini sememangnya benar kerana Aliff turut menunjukkan bahagian tepi matanya berdarah akibat ditampar ketika menenangkan pekerjanya.

Walau bagaimanapun, kebenaran daripada posting yang dibuat oleh usahawan itu hanya dia dan stafnya sahaja tahu memandangkan mereka juga kerap membuat konten di media sosial bagi mempromosikan produk keluaran syarikatnya.

SUMBER:GulaP0p
LihatTutupKomentar