“Moga segalanya terungkai” Selepas balu Abam pulang, Ali Puteh d4kwa luar rumah ditabur ‘benda pelik’


Pelawak Ali Puteh mendakwa kakak iparnya, Siti Norhidayah Mohd Ali meninggalkan ‘sesuatu’ di kawasan kediaman Allahyarham Abam Bocey selepas datang ke lokasi itu sempena genap tiga tahun pemergian arwah.

Menerusi satu video di laman Instagram, pelawak berusia 34 tahun itu mendakwa Hidayah meninggalkan beberapa barang seperti taburan garam kasar, daun bidara dan lain-lain lagi kononnya untuk perkara khurafat.

Walau bagaimanapun, rakaman berdurasi sekitar empat minit itu dipercayai sudah dipadam kira-kira kurang dari satu jam selepas ia dimuat naik.

Moga segalanya terungkai

Disebabkan tindakan itu, ramai netizen dilihat mula ‘berkampung’ di akaun Instagram miliknya bertanyakan punca dia memadam video berkenaan.

Malah, ada segelintir individu mendakwa Ali atau nama penuhnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan ‘cuak’ sekiranya dakwaan dilakukan akan menerima surat saman lagi daripada kakak iparnya.

Takut kena saman ke?

Baru nak komen pasal video garam

Terdahulu, Hidayah meluahkan kekecewaan apabila kehadirannya bersama peguam ke rumah milik Allahyarham itu seolah-olah tidak dilayan selain tiada siapa yang membuka pintu rumah.

Tuntutan saman RM60,000 tolong bayar!
“Korang boleh tengok sendiri rumah kami jadi apa. Sedih sangat-sangat. Dayah datang bersama peguam. Satu jam Dayah tunggu tiada siapa yang buka pintu rumah. Padahal ada kereta, motosikal arwah dan kasut.

“Sedih sangat-sangat datang dengan perasaan hampa. Datang rumah sendiri tapi tak dibagi masuk,” kata Hidayah.

Namun memetik laporan Harian Metro, Ali menafikan tiada orang di kediaman Allahyarham seperti dakwaan wanita berusia 30 tahun itu.

“Bohong, kata takda orang. Abang ipar saya juga dapat berbual dengan peguamnya,” ujarnya.

Sumber : HM / ohmm

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini.
LihatTutupKomentar