“Mana Jumpa Papa Macam Ni? Limited!” – Netizen C3mburu Kekasih Zarina Anjoulie Beli Alat Solek

Kemesraan dan gelagat manis pelakon sensasi, Zarina Anjoulie bersama kekasih hatinya, Datuk Sri Khazrul sering mencuri perhatian ramai di media sosial.

Terbaru, Zarina atau lebih mesra disapa Anju berkongsi sebuah video memaparkan kekasihnya berada di sebuah kedai alat solek terkenal untuk membelikan ‘eyeshadow pallete’.

Sebelum itu, Anju berkongsi tangkapan skrin perbualan WhatsApp bersama Khazrul meminta untuk membelikan alat solek itu.

“Papa, belikan mama ni boleh tak?” soalnya sambil menunjukkan alat solek yang sudah habis.

“Hi sayang, Assalamualaikum Mama. Papa dah belikan untuk mama ok, ini yang mama nak kan? Papa dah macam perempuan dah sayang masuk Sephora ni,” kata Khazrul dalam video itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen seakan cemburu melihat pasangan bahagia ini terutamanya cara layanan Khazrul terhadap Anju yang tampak sangat penyayang.

Ada juga dalam kalangan mereka yang meminta agar suami mereka menjadi seperti Khazrul yang tidak malu memberi barangan wanita.

Semasa artikel ini ditulis, video tersebut telah meraih sebanyak 256,000 tontonan, 16,000 tanda suka dan lebih 500 komen.
LihatTutupKomentar