‘Gaji RM1OO Sebulan, Dpt Gaji Barulah Dapat Makan Murtabak’ – Kisah Hidup Kazar Sebelum Jadi Pelakon


katanya yang turut terlibat dalam program hiburan TV popular, Mekar Sejambak.

Lagu Memburu Impian yang juga merupakan runut bunyi filem Gila Gila Remaja (1985), lakonan Faizal Hussien turut meninggalkan kenangan yang cukup manis buat Kazar apabila lagu nyanyiannya itu masih menjadi siulan sehingga ke hari ini.

” Sebenarnya ketika itu, lagu ini hanya biasa-biasa sahaja dan tidaklah menjadi kegilaan orang sangat, tetapi saya tidak tahu kenapa beberapa tahun kebelakangan ini ia kembali menjadi siulan ramai orang.

” Lagu itu cukup istimewa buat saya dan rasa cukup seronok bila ia menjadi kegemaran peminat pelbagai generasi dari era 80-an sehingga ke hari ini,” katanya.

Pelakon komedi

Menyentuh tentang dunia lakonan, Kazar mula berlakon sekitar tahun 1990an ketika stesen TV swasta mula diperkenalkan di mana ketika itu ramai penyanyi mencuba nasib dalam bidang lakonan.

” Pada mulanya saya memang tidak pernah terfikir pun nak jadi pelakon kerana saya rasa bakat saya hanya dalam bidang nyanyian sahaja, tapi apabila kawan-kawan saya di RTM beria suruh saya berlakon, saya cuba sajalah.

” Saya tidak ingat apa tajuk drama pertama lakonan saya ketika itu, tapi saya bergandingan dengan Rosnah Johari selain arwh Umi Kalthum dan S Roomainor dan ia menjadi permulaan yang baik buat saya dalam dunia lakonan,” katanya.

Sehingga kini Kazar telah membintangi puluhan drama TV termasuklah Sutun, Ceplos, Bedah VS Joyah, Abang Bomba I Love You, Alahai Abah, Bujang Terlajak Senang, Veteran Rock dan sebagainya.

Lebih menarik, pelakon yang cukup terkenal dengan sikap merendah diri ini juga pernah dinobatkan sebagai Pelakon Komedi Lelaki di Anugerah Lawak Warna (2014) dan Pelakon Komedi TV Terbaik di Anugerah Sri Angkasa (2016).

” Alhamdulillah walaupun bermula sebagai penyanyi, namun kerjaya saya dalam lakonan dilihat lebih menyerlah dan masih lagi diterima sehingga hari ini.

” Prinsip saya mudah saya, kita buat kerja kita dengan baik dan selebihnya terpulang kepada rezeki dan penerima orang ramai,” akhiri Kazar yang popular dalam drama 7 Hari Mencintaiku 2 dengan watak Pak Samad.

Sumber:mybuletinmalaysia, wikipedia, hlk.vvip.blog dan IG Kazar35

LihatTutupKomentar