“Saya seleweng RM600bilion?” didkwa ambil duit. Ini balas Abah

  


“Saya seleweng RM600bilion?” didkwa ambil duit. Ini balas Abah

Di Facebook, Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yasin menegaskan bahawa beliau tidak takut untuk disiasat berhubung laporan polis dibuat beberapa pihak mendakwa beliau menyeleweng dana RM600 bilion.

Ahli Parlimen Hulu Langat daripada parti Pakatan Harapan (PH) telah membuat laporan polis terhadap saya kononnya saya telah menyeleweng dana kerajaan berjumlah RM600 bilion. Ahli Parlimen Lembah Pantai yang baru dilantik sebagai Menteri Komunikasi Digital juga membuat tuduhan yang sama terhadap saya. Sebelum itu, beliau membuat kenyataan bahawa Perdana Menteri telah mengarahkan polis supaya menyiasat YB Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas dakwaan menuduh Perdana Menteri sebagai agen lsrl.

Menurut Muhyiddin, tidak mungkin beliau boleh menyeleweng dana itu memandangkan ia adalah wang individu dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) serta bank yang bukan di bawah kawalannya. Beliau juga menyatakan tidak pasti bagaimana angka RM600 bilion ini dipetik, jika pun merujuk kepada lapan Pakej Rangsangan Ekonomi diumumkan ketika menerajui kerajaan sebelum ini adalah bernilai RM530 bilion.

PDRM kemudiannya menafikan Tan Sri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang disiasat.Nampaknya, baru beberapa hari menjadi kerajaan, PH tanpa segan silu telah menggunakan pihak polis untuk menekan pemimpin yang tidak sehaluan dengan mereka. This is a clear attempt at silencing dissent.

Ini berbeza sekali dengan janji reformasi institusi mereka untuk menjamin kebebasan institusi-institusi penting negara tanpa campur tangan politik termasuk PDRM. Apapun, saya tidak hairan dengan kemungkiran janji-janji mereka.

Mengulas lebih lanjut, Muhyiddin berkata jika benar dakwaan itu berlaku, sudah tentu ianya diketahui melalui penemuan audit yang dibuat Jabatan Audit Negara (JAN) setiap tahun serta Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan membentangkan laporan mengenainya di Parlimen.

LihatTutupKomentar