Sangat menghiibakan.. Jurutera komputer Walid Sharudin maut motosikal bertembung kereta, pelajar UPM cedera

PORT DICKSON – Seorang jurutera komputer maut apabila motosikal ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan dua kenderaan di Jalan Ambang Kota, Lukut di sini petang tadi.

RAKAMAN PENUH ADA DI BAWAH SEKALI

“Siasatan awal mendapati, kemalangan berlaku semasa pemandu kereta Perodua Myvi dipandu lelaki berusia 32 tahun sedang bergerak dari Site C, Tanah Merah menghala ke Lukut.

“Apabila sampai di tempat kejadian, semasa kereta Pcerodua Myvi sedang berhenti di petak kanan untuk masuk ke simpang kanan telah dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta Perodua Alza,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Jelas Aidi Sham, selepas pelanggaran tersebut, kereta Perodua Alza itu telah hilang kawalan dan masuk ke laluan bertentangan secara melintang lalu dilanggar sebuah motosikal dinaiki mangsa yang sedang bergerak terus dari arah Lukut.

“Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian, manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.

“Akibat kemalangan, mangsa penunggang motosikal yang merupakan jurutera komputer maut di lokasi kejadian, manakala pembonceng motosikal yang cedera dibawa ke Hospital Port Dickson untuk rawatan,” katanya.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 44(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Salam takziah diucapkan buat seluruh keluarga dan rakan kenalan arwah. Semoga tabah menghadapi dugaan ini. Alfatihah..

Sumber kosmo
LihatTutupKomentar