Chef Wan Kesal Adik-beradik Tak Nak Jaga Mak


Oleh Farizan Zainal

11 Dec 2022, 09:12PM

Baru-baru ini, selebriti cef popular, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa sedih dengan keadaan ibunya, Cik Ani yang bertambah teruk dan memerlukan penjagaan yang rapi.

Menerusi satu perkongsian di Instagram, Chef Wan berkata ibunya kini tidak tahu untuk berbuat apa-apa termasuk untuk mengikat kain sendiri.

“Sampai satu tahap, dia hanya mampu memandang sepi pinggan tanpa berbuat apa-apa. Ini kerana otaknya tidak berfungsi dan menerima signal lagi. Dia juga tidak tahu nak buat apa-apa termasuk ikat kain sendiri pun dia tak tahu,” tulisnya.

Chef Wan turut meluahkan rasa kesal dengan sikap adik-beradiknya yang sering memberi pelbagai alasan untuk menjaga ibu mereka dalam keadaan sedemikian dan saling menunding jari.

“Saya ada beritahu kakak dan abang mengenai keadaan ibu dengan meminta mereka supaya meluangkan masa bersamanya.

“Seperti biasa, masing-masing mula menunding jari orang itu yang perlu jaga dan ini. Macam-macam alasan diberi. Sampai satu tahap, saya macam ‘suka hati kau orang la’.

“Bila time emak punya birthday party berduyun-duyun yang sampai. Bila time macam ni baik emak bapa atau anak-anak mereka takkan kita nak pi sembah suruh datang menziarahi emak itu? Ludah di langit memang timpa di muka sendiri orang kata,” katanya.

Difahamkan, ibu kepada Chef Wan iaitu Cik Ani yang kini mencecah 91 tahun, penghidap kanser payudara serta dimentia.

 akan harapkan kita ni sorang je lah.


Tak apa lah. Moga ni asbab untuk ditambahkan lagi pahala untuk kita.


LihatTutupKomentar