"Baru Sahaja Dilantik Sebagai TPM, Zahid Hamidi Telah Menjadi Bahan Lawak Oleh Netizen...🤣",-



 PETALING JAYA: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan Naib Presiden Kanan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Seri Fadillah Yusof masing-masing dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri di bawah kerajaan perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Menteri Pengangkutan – Anthony Loke Siew Fook


Menteri Pertanian – Mohamad Sabu


Menteri Ekonomi – Rafizi Ramli


Menteri KPKT – Nga Kor Ming


Menteri Pertahanan – Dato’ Seri Utama Haji Mohamad Bin Haji Hasan


Menteri KDN – Saifuddin Nasution Ismail


Menteri MITI – Tengku Zafrul


Menteri Pengajian Tinggi – DATUK SERI HJ. MOHAMED KHALED NORDIN


Menteri Wanita – Hajah Nancy Haji Shukri


Menteri KPDNKK – Salahuddin Ayub


Menteri JPM (Undang-undang) – Azalina Othman Said


Alam Sekitar – Nik Nazmi

Foreign Ministry – Zambry Kadir

KKOM – Fahmi Fadzil

Pendidikan – Fadhlina Sidek


Menteri Agama – Ketua Hakim Mahkamah Shariah sekarang


Menteri KBS – Hannah Yeoh


Menteri kesihatan – Dr. Zaliha Mustafa


Kewujudan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri adalah julung kali diadakan setelah mengambil kira penyertaan Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS) dalam kerajaan perpaduan.


Anwar juga memaklumkan Ahmad Zahid dilantik sebagai Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah manakala Fadilah pula sebagai Menteri Komoditi.


Zahid Hamidi Jadi Bahan Lawak Netizen




Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Mohd Razlan Rafii berkata, keputusan mengenai pelantikan jawatan TPM itu perlu dibuat dengan ‘kembali’ kepada hierarki dan keputusan parti.


Beliau berkata, berdasarkan hierarki parti, Ahmad Zahid adalah calon yang perlu menggalas jawatan berkenaan.


Ahmad Zahid sebelum ini didesak untuk berundur selepas kekalahan teruk BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Menurut Tun Mahathir, dalam sistem undang-undang, seseorang itu tidak bersalah sehingga dibuktikan bersalah dan Ahmad Zahid akan dikatakan oleh pihak berkenaan masih layak menjadi TPM.


Namun, Exco Pemuda UMNO, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin pula mencadangkan Timbalan Presiden parti tersebut, Datuk Seri Mohamad Hasan diangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri Kerajaan Perpaduan berikutan kredibilitinya diterima rakyat dan parti.


Jelas Muqharabbin, kemenangan besar Mohamad atau lebih dikenali Tok Mat di Parlimen Rembau dan pengamalan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan mampu memberi impak positif.


Sebelum ini Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan dua jawatan Timbalan Perdana Menteri akan diwujudkan bawah kabinetnya dalam kalangan wakil komponen Kerajaan Perpaduan.


Beliau berkata, jawatan Timbalan Perdana Menteri dijangka akan diberikan kepada blok terkuat lain dalam kerajaan perpaduan iaitu BN dan Gabungan Parti Sarawak (GPS).


Anwar berkata, itu adalah amalan biasa dalam setiap kerajaan kerana jawatan Perdana Menteri adalah dari Pakatan Harapan (PH), biasanya TPM (akan dipilih) dari parti komponen kuat . 



LihatTutupKomentar