Al Penyanyi. Penyanyi Ppular Apokono EhJang MasturalSmail Telah kembali ke Rahmatullah pada jam 8.50 malam tadi di kediaman beliau di Cheras.

Dunia seni tanah air kehilangan sebutir lagi permata apabila Mastura Ismail menghembuskan nafas terakhirnya sebentar tadi.

Berita pemergian allahyarhamah itu dikongsikan Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (Seniman), Hafiz Nafiah menerusi satu kenyataan yang dikongsikan malam tadi.

“Dukacita dimaklumkan bahawa seorang lagi permata seni hiburan tanah air Mastura Ismail yang terkenal dengan lagu “Apo Kono Eh Jang” telah kembali kerahmatullah pada jam 8.50 malam tadi di kediaman beliau di Cheras.

“Allahyarham dilahirkan pada 16 April 1957 di Tanjung Kerayong, Mentakab, Pahang. Beliau meninggal dunia pada usia 65 tahun,” katanya.

Dalam kenyataan sama, Hafiz memaklumkan jenazah Allahyarham kini ditempatkan di kediamannya di Cheras, dekat sini.

“Jenazah Allahyarham kini berada dirumahnya di Taman Cheras Idaman dan akan dimandikan serta dikafankan di Masjid Taman Rakan Cheras.

“Pengebumian akan dilakukan di tanah Perkuburan Sungai Long sebelum Zohor, esok (10 Feb 2022).

“Seluruh Kepimpinan Tertinggi dan Barisan Exco Seniman Malaysia mengucapkan Takziah buat ahli keluarga. Semoga tabah hadapi ujian Ini, Al Fatihah” katanya lagi.
LihatTutupKomentar