Siapa Sangka Ibu Mertua Mira Filzah Tidak Di Calonkan. Ini Kata2 Datuk Mastura Bila Dapat Tahu Nama Tak Ada Pada PRU-15.


 Bekas Ahli Parlimen Kuala Kangsar iaitu Datuk Mastura Mohd Yazid dipercayai mempertikaikan mengapa parti Barisan Nasional (BN) tidak mengotakan janji untuk meletak sekurang-kurangnya 30 peratus calon wanita pada PRU-15 kelak.

Tambah Mastura, tiada satu nama calon wanita dinamakan di Perak dan Negeri Sembilan.

Menerusi laporan Harian Metro, Mastura, 61 antara nama yang tidak dicalonkan untuk mewakili BN pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) kelak, sebaliknya tempat beliau digantikan Ketua Umno Bahagian Kuala Kangsar, Datuk Maslin Sham Razman yang juga penyandang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Chandan.

Ada Rakyat Kuala Kangsar kecewa



Berikutan daripada itu, segelintir masyarakat di Kuala Kangsar berkata mereka mahukan Datuk Mastura sebagai ahli parlimen di kawasan berkenaan.

Tambah penduduk, ibu mentua kepada pelakon, Mira Filzah itu sangat baik, prihatin dan banyak membantu masyarakat di Kuala Kangsar.

Ujar mereka lagi, beliau seorang yang selalu turun padang dan mendengar keluh kesah penduduk.

Kalau nak cerita cukup panjang. Kami harap datuk dapat lagi menjadi ahli parlimen. Kami nak ucap terima kasih kepada datuk kerana sentiasa ada untuk kami di Kuala Kangsar ini.

Kami doakan datuk sentiasa berada di dalam lindungan yang maha Esa. Kami berharap datuk terus berjuang.

Sumber: Harian Metro via OhBulan

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih!

PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami.

Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini.

Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.

LihatTutupKomentar