Ramai terpukau lihat kecantikan Zahirah MacWilson – “Untungnya Aiman dapat dia”

 



Ramai terpukau lihat kecantikan Zahirah MacWilson – “Untungnya Aiman dapat dia”


Baru-baru ini, ramai selebriti telah hadir ke majlis perkahwinan Pakar Pelaburan Saham, Pengurus Kewangan Bertauliah dan Penganalisis Ekonomi, Datuk Dr Mohd Nazri Khan Adam Rasol Khan, yang telah menamatkan zaman dudanya, pada 9 September lalu.


Majlis perkahwinan serba indah yang diadakan kelmarin itu turut mendapat perhatian daripada netizen dimana ramai artis terkenal dapat dilihat hadir sebagai tetamu jemputan.


Tidak terkecuali, pasangan pelakon terkenal, Aiman Hakim Ridza dan Zahirah MacWilson telah menjadi bualan netizen apabila Zahirah kelihatan sangat cantik ketika menghadiri majlis perkahwinan tersebut.


Menerusi video yang dimuat naik oleh pengguna @fansofisaacraees, Zahirah mengayakan gaun berwarna kelabu dan Aiman yang segak memakai tuksedo berwarna hitam sedang duduk di sebuah meja bersama selebriti yang lain.


Cantiknya Zahirah, macam princess!


Susulan itu, rata-rata netizen meluahkan rasa kagum serta terkesima mereka apabila melihat kecantikan yang dimiliki Zahirah tidak sama seperti pelakon wanita yang lain.


Untungnya Aiman dapat wanita macam Zahirah!


Bukan itu sahaja, netizen turut memaklumkan Aiman adalah insan yang paling bertuah dapat menjadikan Zahirah sebagai isterinya yang juga terkenal dengan sifat lemah lembut dan menghormati orang di sekelilingnya.


Sumber dan rujukan

TikTok @fansofisaacraees VIA OMM

LihatTutupKomentar