“Masuk dalam bkan kosong..dia jd imam solat ‘didalam’, ajar mengaji” Abang dedah keadAN Yasln didalam

   


Abang kepada Yasln SuIaiman iaitu Zain Sulaiman memaklumkan bahawa penyanyi itu dalam keadaan baik setelah ditempatkan di Pnjara Sungai Buloh atas dua pertvduhan mengedar dan menanam 17 pokok gnja.


Menurut laporan Harian Metro, dia dan ahli keluarga lain bergilir-gilir bagi melawat penyanyi berusia 46 tahun itu di pnjara yang tidak lupa melakukan amal ibadah.


“Yasin dalam keadaan baik. Dia menjadi imam solat lima waktu dan tarawih. Dia gembira kerana dapat jumpa keluarga. Semangat dia positif. Dia tak boleh tekanan, itu yang kami rlsau sebab dia ada blpolar.



“Harap dia terus ambil ubat. Apa pun, dia stabil di sana. Dia juga beritahu, diberi layanan baik oleh bandvan lain dan kakitangan di sana,”


“Dia banyak lakukan aktiviti yang membuatkan dirinya sentiasa positif. Selain menjadi imam, dia turut mengajar bandvan lain mengaji. Setiap kali keluarga datang melawat, dia berkongsi perkara baik,” katanya.


Malah Zain berkata, dia juga akan membantu dua anak Yasln untuk melawat bapa mereka yang akan diuruskan dalam masa terdekat.



Selain itu, Zain berkata dia sekeluarga telah mendapatkan khidmat pasukan guaman selain turut melancarkan Tabung Bantuan Yasln SuIaiman agar dapat menampung kos guaman.


“Tujuan utama kami lancarkan tabung ini adalah untuk tampung kos guaman. Kos agak tinggi sebab membabitkan tvduhan yang berat.



“Alhamdulillah, sambutan sangat baik terutama dalam kalangan keluarga dan kawan-kawan. Mungkin selepas ini akan lebih banyak. Terima kasih atas sokongan diberikan terhadap Yasln,” ujarnya lagi.


Terdahulu, penyanyi lagu Mimpi Laila itu ditahan poIis selepas disyaki memiliki dan menanam pokok gnja di kediamannya yang terletak di Kota Damansara, Petaling Jaya.


Sumber : Hmetro


LihatTutupKomentar