Bapa mimpi tiga beranak berbaju putih, tak sangka jadi petanda 'hilang' semua.

 


 Kemalangan ngeri yang menyebabkan tiga beranak meninggal dunia di tempat kejadian di Kilometer 216 Lebuh Raya Utara-Selatan (arah utara) pagi tadi benar-benar mengejutkan banyak pihak.

Rempuh lori baiki jalan

Mangsa, Muhammad Nazirul Syafiq Azmi, 28, dan isterinya, Zubaidah Abd. Rajak serta anak mereka, Muhammad Rizqi Muhammad Nazrul Syafiq yang baru berusia setahun maut ditempat kejadian selepas kereta jenis Honda Jazz yang dinaiki mereka merempuh lori 2 tan yang sedang baiki jalan.

Difahamkan, mereka dalam perjalanan bercuti bersama keluarga termasuk ibu bapa serta adik beradik yang lain.


Bapa mimpi anak perempuan, menantu & cucu berbaju putih

Menerusi laporan dari Bernama, bapa kepada Zubaidah memaklumkan sebelum ini ada bermimpi anak, menantu dan cucunya hadir memakai baju hitam putih kira-kira dua minggu sebelum kejadian tersebut.

Sejak hari itu, dia kerap merasa tidak sedap hati namun tidak menceritakan kepada sesiapa sebelum mengetahui tentang pemergian mereka di Hospital Alor Gajah setelah dihubungi satu nombor tidak dikenali memaklumkan mereka kemalangan.


“Bila sampai sini (unit forensik) barulah saya tahu ketiga-tiga mereka dah tiada, terus saya jadi lemah,” katanya mengenai kejadian yang menimpa anak kesembilan dari 10 adik beradik.

Konvoi ramai2

Difahamkan, mereka sekeluarga membuat perancangan ingin bercuti di Port Dickson malam tadi bersama adik-beradik yang lain. Mereka juga bergerak secara konvoi dari Johor Bahru dan beberapa lagi dari Muar.

“Dua dari Muar dan dua lagi dari Johor Bahru. Saya gerak dari Muar sebab tinggal di situ dan arwah bergerak dengan kakaknya sebab tinggal di sana, tapi bila dah pukul 1.30 petang pun tak sampai-sampai, kami mula tertanya-tanya. “


Kami cuba telefon Zubaidah tapi tak terjawab, begitu juga dengan suaminya. Tak lama lepas tu, anak saya tunjuk satu pesanan WhatsApp dan beritahu Syafiq kemalangan,” katanya.

Sementara itu salah seorang kakak Zubaidah berkata kali terakhir beliau bertemu dengan adiknya itu adalah di Plaza Tol Skudai pagi tadi dalam perjalanan ke Port Dickson, dan menurutnya beliau turut melihat ada sedikit ‘kelainan’ pada wajah arwah.

“Memang tidak sedap hati dan sejak arwah ajak pergi ke Port Dickson semalam, saya termenung. Teringatkan alamat sebelum ini, (mimpi bapa) yang melihat mereka dalam pakaian hitam putih,” katanya yang dilihat gagal menahan air mata.


Beliau ditemui pemberita di perkarangan unit forensik Hospital Alor Gajah dengan ditemani beberapa ahli keluarga yang lain.

Sumber: Bernama, OhMyMedia

PERHATIAN: Pihak Web Malaysia tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak Web Malaysia juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

LihatTutupKomentar