Parit Buntar: “Saya tak akan maafkan dia sampai bila-bila,”
Demikian kata Sarimah Ahmad ,51, isteri Mahadzeb Salleh, 47, yang maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Kampung Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang, semalam.
Arwah meninggalkan seorang balu dan dua anak iaitu Nur Izzati 15 dan Mohamad Irfan, 18 yang masih bersekolah.
Dalam pada itu seorang saksi yang enggan nama disiarkan berkata, ketika melalui jalan itu, dia melihat kelibat dua lelaki berada di dalam parit dan menyangka mereka sedang mengutip kangkung.
“Rupanya orang bergaduh. Saya bersama beberapa penduduk segera meleraikan pergaduhan itu dan sebaik kedua-duanya dileraikan, mangsa jatuh terlentang berhampiran motosikalnya sebelum disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya.
Sementara itu Abdul Yunus berkata pihaknya menyampaikan bantuan awal kepada keluarga mangsa, pada masa sama akan mengusahakan Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada balu mangsa yang juga orang kurang upaya (OKU) masalah pendengaran.
Sementara itu, jenazah mangsa tiba di kediaman pada 4.43 petang dan dikebumikan kira-kira 6 petang di Tanah Perkuburan Masjid Parit Tok Ngah Atas.
Semalam media melaporkan seorang lelaki maut dalam pergaduhan dengan seorang lelaki di Parit Tok Ngah, Tanjung Piandang.
Dalam kejadian, suspek berusia 40-an ditahan polis sebelum direman selama tujuh hari bermula semalam hingga 31 Oktober.
PERHATIAN: Pihak KAMI tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KAMI juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.