“Kelam kabut nak pakai ketika rakan datang rumah..” Pekin Ibrahim terkejvt dengan perubahan istrinya Mona Allen


 Pelakon berkaliber, Pekin Ibrahim, 41, amat bersyukur apabila isterinya, Mona Allen, 37, bertudung dengan rela hati sejak beberapa bulan lalu dan berharap suri hatinya itu terus istiqamah.

Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim berkata, meskipun memakai tudung bagi wanita Muslim itu wajib, tapi dia tidak pernah menggesa isterinya membuat perubahan secara drastik dan biarlah dilakukan dengan rela hati.

“Sebenarnya, saya terkejut juga pada mulanya apabila Mona tiba-tiba saja bertudung. Malah, dia jadi kelam-kabut mencari tudung nak dipakai ketika seorang rakan lelaki saya datang berkunjung ke rumah kami.

“Saya memang tak pernah gesa dia (Mona) untuk pakai tudung, sebab saya nak Mona pakai dengan rela hati. Lagi pula, Mona ada anginnya sendiri dan mana tahu kalau ketika itu dia saja-saja nak cuba pakai tudung,” katanya ketika ditemui Harian Metro.


Pekin berkata, bagaimanapun dia bersyukur dengan perubahan penampilan bertudung dibuat isterinya dan berharap ia terus berkekalan. Cuma, katanya dia pernah ingatkan Mona agar tidak membuat perkongsian terbuka di media sosial.

“Saya kata dengan Mona, kalau rela hati pakai tudung itu baguslah. Tapi, tak perlu buat sebarang perkongsian macam pengumuman di media sosial. Sebabnya, mana tahu kalau berlaku sebaliknya nanti (terbuka tudung), mesti dikecam netizen.

“Jadi, buat biasa saja sudahlah tanpa sebarang kenyataan dikeluarkan. Cuma, harapan saya agar dia teruskan penampilan bertudung itu sampai bila-bila,” katanya yang menerima Anugerah Dekan, Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Industri Kreatif dari Universiti Utara Malaysia (UUM), semalam.

Terdahulu, Pekin mendirikan rumah tangga dengan Mona Allen pada 7 Disember 2018. Hasil perkongsian hidup itu, mereka baharu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Petra Pekin kini berusia dua bulan yang dilahirkan pada 31 Ogos lalu, selepas empat tahun menanti.

Pelakon, Pekin Ibrahim tidak menyalahkan penerbit, Datuk A.Aida  yang cenderung mengutamakan rupa paras  dalam pemilihan pelakon untuk menjayakan sesebuah produksi.Kata Pekin, A.Aida mempunyai sebab kukuh mengapa dia memilih untuk meletakkan pelakon tampan dan cantik sebagai daya penarik produksi terbitannya. “Tidak dinafikan, penonton juga suka melihat pelakon yang cantik dan tampan. Seperti dia nyatakan, pemilihan pelakon perlu disesuaikan dengan watak.


“Tidak boleh salahkan dia sekiranya memilih pelakon ada rupa. Tetapi, tidak semestinya pelakon yang tiada rupa paras, tidak boleh jual. Ia bergantung kepada rezeki masing-masing,” katanya.

A.Aida mencetuskan kontroversi, baru-baru ini menerusi kenyataannya yang mengutamakan pelakon kacak dan cantik untuk terlibat dalam projek drama terbitan syarikatnya, A. Aida Production.

Kenyataan Ahli Lembaga Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia itu menuai kritikan dan kecaman netizen, selain diselar penggiat seni  yang mempertahankan bakat mengatasi paras rupa.

Pekin yang juga penerbit, bagaimanapun memaklumkan, dia tetap mengutamakan bakat, selain pesona dalam diri seseorang pelakon untuk membintangi produksi yang diterbitkan syarikatnya.

“Saya tidak tekankan rupa paras, sebaliknya lebih mementingkan bakat. Untuk jadi hero, tidak semestinya kena kacak.“Ia umpama kita meletak Amirul Afendi dan Merqeen bersebelahan. Amirul mungkin kurang kacak, tetapi ada pesona tersendiri. Merqeen  ada rupa dan drama lakonannya juga meletup. “Industri perlukan orang berbakat. Ada rupa atau tidak, itu perkara kedua,” ujarnya.

Sumber : newzstuff

LihatTutupKomentar