SUNGAI PETANI – Seorang remaja perempuan dicekup bersama tiga rakan lelaki dalam serbuan dilakukan di sebuah bilik motel di Padang Temusu dekat sini awal pagi Selasa.
Pegawai Agama Daerah Kuala Muda, Mohd Noor Ismardi Ismail berkata, dalam serbuan jam 1 pagi itu, anggota penguatkuasa agama yang membuat pemeriksaan menemui remaja berusia 15 tahun bersama tiga lelaki berusia antara 18 hingga 21 tahun.
Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut di sekitar bilik yang sama turut menemui kondom yang disyaki telah digunakan dibuang ke dalam tong sampah.
Kesemua mereka disiasat mengikut Seksyen 25 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Negeri Kedah 2014 iaitu khalwat yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
“Kami meminta orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat aktiviti mencurigakan atau maksiat, boleh hubungi imam kariah atau terus ke pejabat agama bagi membanteras perbuatan itu,” katanya.
“Beraninya eh dgn yg bawah umur. Sekali dia nak pedajal dia buat report kata kena rogol. Naya pak abu.” – Hanif Ramli
“Tahniah kedah selalu buat spot check… Semoga negeri kedah terus aman dr kemurkaan Allah Swt…” – Zamzaharizal
“Bdak zmn now. Nnti kalo ngdung main gunting kertas batu je la 3org tu crik mana satu bapak dia. Kot2 bocor kodomo lion tu.” – Cik Honey
“Tak berani komen lebih…
cuma setiap yg berlaku ada sebab dan hikmahnya…muhasabah diri…
andai merasakan diri jauh tersasar cari jalan kembali..Allah sentiasa sayangkan kita sebagai hambaNya.. pesanan utk diri sendiri jugak..” – Adam
“Dalam keadaan begini kita xbole nk salahkn satu pehak sahaja.xbole nk salahkn ank sahaja,ada ketikanya ibu bapa juga perlu disalahkn.bila kita jdi ibu bapa yg trlalu sibuk dgn urusan diluar sehingga ank pn kurng diberi perhatian,maaf ckp didikn agama pn kurang. maka ank2 mncari jln keluar utk cari hiburan dn ketenangan dgn cara dia sendiri dn bertemu pula dgn rakan yg seangkatan dgn ye maka terjadila perkara yg tidak baik dn memalukn. Ada yg kne tngkap khalwat,mngandung luar nikah dn sebagainya.pada sahabat2 semua jgn mudah tuding jari pd yg berkenaan.lebih baik kita sama2 pantau perilaku ank2 kita supaya perkara yg sama tidak berlaku pd klrga kita.sedangkn yg sudah diberi didikn yg baik pn ada kalanya pn trgelincir juga.” – Kalsom
Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih
Jom Tekan Like Page Kami Di Bawah Artikel ni.
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda.