Fauziah Nawi Tokoh Seri Angkasa 2022, Terima Kejutan Hadiah Kereta Bernilai RM100,000


 MALAM kemuncak Anugerah Seri Angkasa 2022 (ASA2022) menyaksikan pelakon veteran Fauziah Nawi dipilih sebagai penerima trofi Tokoh Seri Angkasa sebagai penghargaan penglibatannya selama lima dekat dalam industri hiburan tempatan.

Kemenangan trofi berprestrij itu turut dikejutkan dengan hadiah sebuah kenderaan jenama Mitsubishi Xpander yang berharga RM100,000 berserta wang tunai berjumlah RM10,000 berserta trofi.


Tergamam saat diumumkan kejutan itu oleh trio pengacara Fara Fauzana, Terrence Dass dan Anne Xaveira, Fauziah mengucapkan syukur di atas pemberian tersebut.

“50 tahun lalu saya masuk dalam industri ini, saya tak pernah terfikir tentang memenangi anugerah ini.

“Malam ini saya berbesar hati untuk menerima pengiktirafan ini,” katanya.

“Semua ini untuk anak seni, buat terus. Kita buat kerana kita nak buat, bukan kerana anugerah,” katanya lagi.


Bagaimanapun, kejutan diberikan sebuah kereta benar-benar membuatnya terharu kerana Fauziah memberitahu dirinya memang tiada kenderaan dan tidak mampu membelinya.

“Sebenarnya Allah sangat baik dengan saya, saya dah tiada kereta Proton Waja dah terbakar empat tahun lalu.

“Saya kata takkan mampu beli kereta baru, mesti tak lepas loan sebab saya dah tua. Akhirnya Allah makbulkan doa saya,

“Malam ini Allah sudah menjawab doa saya,” ujarnya lagi.


ASA2022 berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) dan malam kemuncaknya turut dihadiri Menteri Komunikasi & Multimedia Tan Sri Annuar Musa.

Malam kemuncak itu turut dimeriahkan dengan persembahan artis popular seperti Datuk M. Nasir, Ella, Misha Omar, Hazama, Haqiem Rusli, Tajul dan Datuk Jamal Abdillah.

Sementara itu, bagi kategori Pengarah Drama Terbaik turut milik Pencipta Pegang Waktu menerusi arahan Zainorhisyam Samudin.

Manakala bagi kategori Dokumentari Terbaik ia milik Social Playlist (Astro AEC) yang membawa pulang hadiah DKD sebanyak RM15,000.


Dalam pada itu, pelakon Eman Manan memenangi kateogri Pelakon Lelaki Drama Terbaik menerusi Satu Kampung Dua Orang siaran Astro Citra manakala Khatijah Tan Pelakon Wanita Drama Terbaik menerusi Rabak (TV3).

Malam kemuncak ASA2022 itu menyaksikan sebanyak 34 lagi anugerah disampaikan pada malam kedua penganjurannya yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa, Putrajaya (PICC) pada malam Ahad.

Apa Pendapat Anda? Dah Baca, Jangan Lupa Komen Dan Share Ya. Terima Kasih! 

Sumber :mStar, MH

LihatTutupKomentar