“Just in case tak jumpa comment I dekat video sebelah, this is my reply,” tulis Fatin. Fatin Afeefa dilihat menafikan segala dakwaan yang ditulis di hantaran Adam malah menyifatkan ia sebagai satu fitnah.Bukan itu sahaja, Fatin turut mendedahkan bahawa bekas suaminya itu tidak pernah memberi nafkah kepada anak-anaknya selama 4 tahun.
“Dah la menipu, ajak orang tambah dosa, fitnah lagi. Itu je la mampu pun. “Dah tua dah… dah dah la tu, move on la… 5 tahun dah.“Kesian la kat girlfriend tu, tak habis-habis dengan ex-wife,” tulisnya.Meninjau di ruangan komen, rata-rata warganet menyatakan mereka mengikuti mengenai kisah perceraian Fatin Afeefa dan Adam Shahz dari dulu.
Malah, ada yang mempersoalkan kepada Adam Shahz mengenai anak kerana sebelum ini dia menyatakan anak kandungnya hanya seorang tetapi dalam hantarannya sebelum ini mengakui mempunyai dua orang anak.
Untuk info, Fatin Afeefa telah mendirikan rumah tangga pada 2013 namun mengambil keputusan untuk berpisah pada 2017. Hasil perkahwinan tersebut, mereka dikurniakan sepasang cahaya mataPelakon drama Juvana, Adam Shahz, 40, nekad mengambil tindakan saman ke atas bekas isterinya yang juga pelakon Fatin Afeefa berikutan tindakan mengaibkannya hingga boleh menjatuhkan reputasi.
Fatin berkongsi satu video perbualan dengan anaknya, Ivy Herra Sophia, 6, menerusi Instagram (IG) Story miliknya mendakwa, bekas suaminya itu berkongsi bilik tidur dengan teman wanitanya ketika bercuti, baru-baru ini.Bagaimanapun, video berkenaan dipadam Fatin tidak berapa lama kemudian, malah turut membuat permohonan maaf kepada bekas suaminya itu dalam ruangan IG Story.Bagaimanapun, Adam enggan mengulas dakwaan dibuat wanita itu, sebaliknya dia tekad dengan keputusan untuk menyaman Fatin.