Pelakon terkenal tanah air, Azhar Sulaiman juga tak ketinggalan tampil beri pandangan peribadinya berikutan isu Puteri Balqis yang tular awal minggu lalu selepas mendakwa dirinya menjadi mangsa gangguan seksual bapanya sendiri
‘Saya tak tahu kenapa dia cakap macam tu’
Turut terpalit dengan tindakan bapanya, Kasih Iris Leona atau mesra dikenali sebagai Leona, memuat naik tweet meminta agar orang ramai tidak lagi memberi kec4man ke atas dirinya selepas perkongsian yang dibuat oleh Azhar Sulaiman.
Saya tahu saya anak dia, tapi jangan kaitkan semua benda yang dia buat dengan saya. Tak semua topik kami sama-sama bersetuju.
Tegasnya lagi, dia tidak selalu bersependapat dengan bapanya malah dia sendiri tidak tahu mengapa bapanya mengeluarkan kenyataan berkenaan isu yang sedang hangat diperkatakan ketika ini menyebabkan kata kunci ‘Leona’ turut trending di Twitter.
Dah padam ‘posting’
Foto Kredit: XTRA
Sebelum ini, pelakon Keluarga Iskandar itu memuat naik enam pandangan peribadinya menerusi hantaran di akaun Instagram dan Facebooknya mengulas mengenai isu Puteri Balqis.
Walau bagaimanapun, selepas menerima pelbagai kec4man di bahagian komen, Azhar bertindak memadam perkongsiannya itu.
Sumber: Twitter @kasihirisleona
Sumber/Kredit : OB
Diolah Oleh : Wan Network
PERHATIAN: Pihak kami tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak kami juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.