Assalamualaikum dan salam sejahtera. Hi semua.
Tengah scroll timeline FB, tiba tiba lalu iklan restoran baru buka dekat area KL. Aku biasa pandang sekali lalu je kalau FB Ads ni.
Tapi mata aku terpandang gambar krew restoran dekat depan restoran mereka.
Aku klik gambar tu. Satu satu muka aku pandang. Sah! Memang diorang.
Aku baca komen kot boleh jumpa FB mereka ni. Ok dah jumpa, aku stalk sorang sorang. Ohhh mereka dah buka bisnes baru rupanya.
Terimbas kenangan tahun 2013. Semua nama dalam ni adalah samaran ye.
2013. Aku baru je grad, tengah semangat cari kerja. Disebabkan background aku course sains, agak sukar nak cari kerja yang sesuai jadi aku cadang nak grab je peluang yang ada.
Kebetulan dalam group jawatan kosong xx ada jawatan kosong admin syarikat cenderahati ekslusif.
Tengok alamat tak jauh dari rumah aku. Dekat area uptown xx tu kan ada bawah kedai, atas office.
So aku pun terus la call no dalam iklan, bos yang angkat. Dia jawab esok datang interview waktu pagi.
Esoknya, aku datang la interview. Office tu dekat tingkat 1, kena naik tangga.
Masuk dalam, ada partition la untuk staff. Satu meja khas untuk admin sebelah pintu bos.
Interview pun lebih kurang je, bos tak tengok pun sijil degree aku. Cuma bos cakap urgent nak cari admin baru gantikan admin yang resign.
Ohh lupa kenalkan bos aku seorang wanita ku panggil Kak Wati.
Aku interview dari 9 pagi ke 10 pagi. Aku keluar bilik bos, tengok takde sorang pun staff sampai lagi. Aku dah pelik, semua cuti ke?
Aku abaikan jela hal ni sebab yang penting, esok aku dah mula kerja. Balik rumah, aku bagitau parents aku. Aku duduk dengan parents aku dan adik lelaki sorang.
Esoknya Rabu first day aku, aku sampai office sebelum 9am. Yela dari rumah aku flat area McD tu ke office mengadap uptown tu dekat je.
Aku memang cari kerja dekat sebab aku guna kereta ayah. Kot ada apa apa, tak jauh ayah nak hantar aku.
Aku nampak dari parking, bos sampai dulu. Yela dia pegang kunci kan. Aku naik sama dengan bos.
Aku tanya, mana punch card? Bos jawab sini takde punch card, pandai pandai la ingat sendiri masa. Aku macam ok takpe.
Aku duduk je dekat kerusi, bos cakap kemas kemas la ofrice ye. Lepastu sapu sampah, cuci toilet. Takde penerangan pasal kerja admin pun.
10am. Sorang staff pun takde masuk. Pelik jugak aku sebab masa interview bos cakap ada staff yang handle iklan, ada yang handle packaging, ada yang handle customer. Aku sangka baik maybe semua ada urusan luar.
11am. Tiba tiba suasana jadi riuh bila serentak 7 orang masuk. 4 lelaki 3 perempuan.
Agaknya diorang dah tahu ada admin baru, so diorang just bagi salam jela dekat aku, tanya single lagi ke apa la duk mana apa semua.
Diorang bukak desktop masing masing sambil duk borak. Yang aku perasan, gelaran sesama dorang. Bang cik, kak su, alang. Ada la yang panggil nama.
Tiba tiba ada sorang perempuan tanya aku, “Mak Long ada dalam bilik ke?” Aku pun macam blur. Lepastu dia betulkan ayat dia, “bos ada?”
Aku pun jawab la, “ada”. Perempuan tu ketuk sekali je, terus masuk bilik. Aku masa tu macam – company anak beranak ke ni?
Aku taktau nak buat apa sebenarnya. Aku buka desktop, tengok dokumen yang ada. Ada satu fail ni, nama dia KERJA ADMIN LAMA TAK SEMPAT SIAPKAN.
Aku buka fail tu, ada senarai nama dekat 8 orang dengan RM dekat sebelah. Aku tak faham apa dia ni. Nak tanya bos, dia tak keluar bilik dari tadi.
12PM. Semua pakat turun nak lunch. Terkejut aku eh masuk 11am, borak borak buka desktop lepastu keluar lunch?
Tapi aku diam jela dah aku orang baru kan. Aku pun taktau waktu lunch dari pukul berapa sampai pukul berapa.
Masuk waktu Zohor, aku tanya bos nak solat dekat mana. Ada satu ruangan stor ni dijadikan ruang solat. Sorang je muat satu masa so kena gilir gilir.
2pm. 7 orang staf baru masuk office balik. 2jam ye lunch diorang. Terkejut jugak aku. Masa aku praktikal dulu dapat sejam je. Solat pulak ada jadual kena ikut.
Sampai masuk waktu Asar, yang lelaki takde langsung solat. Yang perempuan 2 orang je. Aku sangka baik jela diorang solat dekat luar dah.
Ruang solat tu, betul betul dekat hujung, kena lalu meja semua staf. Plus, kena turunkan tirai kalau nak solat. Dah siap, selak tirai tu sebab sorang je muat kan.
Esoknya pun sama, diorang masuk lambat. Aku pun sekadar duduk tak buat apa. Aku dah mula pelik dah company apa ni, takut pulak aku.
Hari Jumaat. Waktu solat Jumaat, 4 orang staf lelaki tu elok duk tidur dalam office lepas makan.
Aku dah rasa tak best dah kenapa la bos tak tegur. Petang Jumaat tu, suami bos aku gelarkan Abang Roy (AR) masuk office.
Masa ni, baru la ada gathering sikit sebab AR bawak makanan.
Masa makan makan, baru la aku tau 7 orang staf tu anak beranak bos dan suami. Ada yang adik bos, adik AR, anak buah bos, sepupu AR.
Patutlah masing masing tak kisah pasal waktu keluar masuk. Kiranya aku jela orang luar huhu.
Next week masuk office, baru bos panggil aku masuk bilik dia explain apa kerja aku. Bos cakap ada customer nak tempah cenderahati untuk majlis kahwin.
Dia bayar dekat 5k sebab cenderahati company ni ekslusif ada nama la, sulam apa semua.
Bos suruh aku kira 5k tu manual, dah cukup aku masuk dalam dua sampul berbeza. Satu sampul 3k, satu sampul 2k.
Bos cakap nanti buat rekod dekat Word tulis suami dia amik 2k. Aku pun menurut jela arahan.
Bos suruh aku print details customer nak apa, bawah sekali tulis kos 3k. Bagi dekat Nana, nanti dia orderkan dekat kilang. Aku pun follow jela.
Gitu jela kerja aku, kalau takde order aku duduk jela. Staf yang lain pun siap tengok movie, ada yang balik awal.
Pelik jugak aku banyak duit company ni bayar gaji staff, sedangkan income biasa je. Sedar tak sedar dekat sebulan dah aku kerja.
Sampailah satu hari, ada sorang customer lelaki datang ketuk pintu office mengamuk nak jumpa bos. Bos pulak tak masuk office haritu.
7 staf yang lain tu buat taktau je tengok aku handle lelaki tu maki maki nak duit dia.
Aku mesej bos cakap pasal hal ni. Bos cakap dia akan setelkan.
Esoknya, lelaki tu datang office bawak 2 gangster kot siap tatu penuh badan. Dia tanya aku – “Awak Lia kan?” Aku jawab ye.
Lelaki tu cakap – “bos awak cakap, dia bagi awak cash 6k. Dia cakap mintak pada Lia duit tu. Mana duit saya?”
Ya Allah menggigil aku masa tu! Aku jawab – “mana ada bos bagi duit, tak ada apa pun. Bos pesan dia nak setelkan dengan Encik. Saya tak taktau apa apa.
Mengamuk lelaki tu wey dia cakap aku penipu! Dia nak duit dia sekarang. Aku menangis masa tu sebab takut sangat.
Aku jawab balik – “kalau betul saya curi duit Encik, Encik call polis sekarang minta tangkap saya”.
Lelaki tu jawab – “ok saya suruh bos awak call polis pasal awak sebab penipu! Pakai tudung nampak baik tapi pencuri!”
Dia jerkah betul betul depan muka aku wey. Aku dah fikir bukan bukan, takut gangster tu buat tak elok dekat aku.
Lelaki tu keluar sambil hempas pintu. Aku terus wasap bos dengan perasaan marah dan aku tulis jangan fitnah aku amik duit, kalau tak aku report polis.
Bos cuma seen je wasap aku. Paling aku sakit hati, masa kejadian ada 4 staf masa tu. Sorang pun masa tu tak bantu aku, tak tanya keadaan aku. Semua macam kayu je tegak tengok desktop.
Malam kejadian tu, bos wasap cakap esok (Jumaat) takyah datang sebab ramai cuti so malas buka office.
Aku geram dengan bos sebab satu maaf pun takde, apa explanation dia tuduh aku amik 6k pun takde.
Isnin. Aku masuk office macam biasa. Bos datang lagi awal dari aku. Dia tak keluar office sampai waktu lunch.
Habis waktu lunch, waktu semua staf ada termasuk la suami dia. Tiba tiba bos keluar bilik dia, mengamuk dekat aku. Dia cakap aku tak amanah curi 6k duit customer!
Ya Allah drama apa ni?? Siap suami dia tambah perasa, cakap kenapa buat Kak Wati macam ni.
Aku macam nak meletup masatu. Kenapa tuduh aku? Aku taktau apa apa pasal 6k tu. Benda ni jadi depan semua 7 staf.
Kak Wati punya lakonan hebat ye siap lencun maskara dia sebab nangis konon aku khianati dia.
Akhirnya dia ucapkan – “akak halalkan 6k yang awak amik tapi jangan jejak lagi sini”.
Aku pun amik beg dan terus blah sebab benci betul aku tengok bos masa tu. Masa ni dah 4 bulan aku kerja.
Lebih kurang 3 bulan lepas kejadian ni, aku ada kemas barang aku. Aku jumpa satu kertas A4 yang ada tulis pasal kerja aku masa kerja dengan Kak Wati.
Aku saja pusing kertas A4 tu dan ada satu no telefon ditulis guna pensel. Tepi no tu ada tulis (Sue, admin).
Mungkin Allah nak tunjuk jalan, aku wasap no tu dan kenalkan diri aku. Sue rupanya admin yang resign sebelum aku.
Aku plan nak jumpa Sue untuk cerita apa yang jadi dan korek rahsia sikit pasal company tu.
Akhirnya, terbongkarlah sikap Kak Wati dan ahli keluarga dia dari cerita Sue.
Sue cerita KW ni bagus orangnya tapi bila suami dia masuk campur dalam company, buang semua staff dan ganti dengan kaum kerabat sendiri, habis bisnes KW yang bertahun tahun tu.
Suami KW tukar kereta, beli barang mahal semua guna duit company.
Suami dia juga tanpa rasa malu akan tanya Sue, ada tak customer bank in duit? Kalau ada bagi dia dulu.
Barang customer tak di order, mestilah customer mengamuk nak duit kan. Akhirnya, duit modal ke mana, untung ke mana.
Sudahlah boros, gaji 7 orang kaum kerabat pula dibayar mahal (1.8k-2k) sedangkan bukan buat apa tapi tengok movie. Gaji admin cuma 1100, KWSP dicarum ikut suka.
Untung baru dapat sedikit, dah buat company holiday ke Langkawi naik MAS. Siap dapat duit poket (tapi Sue tak ikut sebab tak diajak).
Bila balik semula ke office, duit dah tiada habis berjoli. Barang customer tak di order. Apa habuk pun takde.
Sue resign sebab tak tahan asyik dimaki customer. Bos pulak selalu mengelak dengan tak masuk office kalau dia tahu customer nak datang.
Sue cakap maybe bos saja fitnah aku supaya di mata staf, aku jahat so dia boleh buang aku. Customer pulak nampak la macam dia dianiaya oleh aku.
Sue cakap bos memang kena cari admin sebab dia tak nak anak beranak dia tau hal kewangan syarikat yang makin nazak.
Entah siapa la yang jadi mangsa lepas aku – harapnya takde.
2022. Ehh Kak Wati buka restoran pulak. 7 orang staf tu pun ada tapi macam ada muka baru – mesti family jugak tu.
Aku stalk FB Kak Wati update status susah cari staf. Customer complain makanan tak sedap dekat page, staf sombong, service slow.
Good luck la ye Kak Wati. Akak fitnah saya tapi sampai sekarang akak tak pernah minta maaf. Kalau mak saya tau mesti dia sedih.
Reaksi Warganet
Mazlina Majid –
Orang macam nie, buat la apa bisnes pun takkan maju dan takkan berjaya. Pecah amanah pun ye juga.
Masalah bila kerja family nie. Bukan semua lah, ada juga yang bagus.
Tapi biasalah kalau dah family ni kadang politik dalaman tu kuat. Orang luar la yang teruk. Dahulu kan kroni kroni dia je.
Syakina Zukri –
Jangan kata kaum kerabat, dengan kawan kawan pon takleh pakai.
Better ko ambik pekerja takda kaitan dengan ko. Dari situ respect masa, kerja, bos, antara pekerja…
Anas Khalid –
Kisah benar juga. Sepupu saya telah di pujuk rayu bagai oleh big boss owner syarikat untuk join syarikat engineering dia.
Non stop walaupun sepupu saya tolak sebab rasa macam not qualified untuk post tersebut.
Tapi akhirnya terima juga sebab boss tu betul betul welcome dia
1st day masuk jam 10 pagi panggil dia masuk bilik dan terus tanya.
“So.. u ada apa nak tanya tak pasal kerja u. Kalau tak da, i assume u tahu eveything…”
Dan episode ini berlanjutan setiap hari selama 4 bulan. Mentally t0rture dan akhirnya di paksa resign
Senang cakap 4 bulan disana tiada satu hari pun yang tenang. Dimaki, hina cakap dia tak pandai buat kerja dan jadi liability saja.
Padahal di tempat kerja lama, dia di sukai oleh majikan dia..
Yusnita Md Yusop –
Marah, geram semua ada baca confession ni.
Jujur, amanah, berperikemanusiaan, tidak mempergunakan orang lain untuk kepentingan sendiri adalah sifat sifat umum seorang manusia tanpa mengira bangsa atau agama.
Pengajaran yang mahal, semoga confessor sentiasa di dalam rahmat Allah.
Kepada yang menganiaya confessor, perbuatan dia biarlah Allah yang mengadilinya dengan sebaik baik pengadilan.
Sumber – Lia (Bukan nama sebenar) via IIUMC