Tindakan melampau seorang lelaki sengaja mencetuskan provokasi dengan menghina agama Islam mengundang padah apabila dia dipukul orang awam.
Dalam video tular, lelaki itu didapati mencabar badan bukan kerajaan (NGO) yang selama ini memperjuangkan agama Islam supaya ‘try’ dirinya terlebih dahulu.
Terbaru, pendakwah selebriti PU Syed berkongsi video permohonan maaf yang dibuat lelaki ini selepas ‘berkicap’ dibelasah. Kata lelaki ini, dia sebenarnya mahu tunjuk tak sepatutnya dia lakukan perkara seperti itu. Dia berharap orang ramai dapat mengambil pengajaran daripadanya.
Salam sejahtera dan apa khabar. Apa-apa yang berlaku saya minta maaf. Tengok, dah teruk kena ni. Aku tak salahkan mereka-mereka itu semua. Aku faham, sebenarnya aku nak tunjuk tak sepatutnya aku buat macam tu. So, kat luar itu janganlah buat macam ini lagi ye. Aku nak gerak dulu. Settle la ye.
Dalam hantaran terbaru yang dibuat PU Syed, lelaki itu dipercayai telah ditahan pihak berkuasa. Dia dilihat diiring keluar daripada rumahnya oleh anggota polis.
https://www.facebook.com/syed.ishak.731/posts/1188868425293524
Memetik laporan Kosmo!, lelaki tersebut dipercayai ditahan di sekitar kawasan Puchong, Selangor.
Kredit: PU Syed via https://ohmedia.my/