“Sudahla Afdlin Shauki…jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang” -Shahrol Shiro

  


“Sudahla Afdlin Shauki…jangan hilangkan rasa hormat saya pada abang” -Shahrol Shiro

Sejak isu seorang wanita yang membuat persembahan komedi berdiri dengan menghina Islam di Crackhouse Comedy Club, pelbagai pendapat dikeluarkan oleh para pelawak senior yang agak berbeza berhubung gesaan menutup kelab komedi terbabit.

Pada awalnya, pelawak dan juga pengarah filem terkenal, Afdlin Shauki telah mengeluarkan kenyataan dengan berharap pihak kelab komedi tidak dipersalahkan dan premis berkenaan ditutup hanya disebabkan kesalahan yang dilakukan wanita terbabit.

Pertahankan Crackhouse

Menurutnya, kelab komedi itu memberi peluang dan ruang kepada ramai bakat baru untuk ‘open mic’ dan mungkin boleh membuka peluang kerjaya buat mereka.

Dibidas oleh Shahrol Shiro

Namun begitu, ia dibidas oleh seorang lagi pelawak iaitu Shahrol Shiro atau nama sebenarnya Shahrol Azizie Azmi kerana merasakan tempat tersebut sangat bertentangan dengan individu Islam lebih-lebih lagi dengan ‘kehadiran’ minum keras di dalamnya.

Kaitkan ceramah ada unsur lawak

Akan tetapi, kenyataan yang dibuat Shahrol mendapat respon lagi daripada Afdlin yang dilihat tetap mempertahankan apa yang diucapkannya sebelum ini.

Dia juga dilihat menyentuh perihal ‘lawak dalam ceramah agama’ dan Shahrol kembali membalas apa yang diutarakan seniornya itu.

“Sudah2 la Abang Afdlin Shauki”

Menurut anggota kumpulan Shiro itu, dia meluahkan rasa ralat dengan apa yang dikatakan pengarah filem Buli terbabit kerana mengaitkan isu yang tidak ada kena mengena dengan Crackhouse Comedy Club demi memperkukuhkan kenyataannya sebelum ini.

Tambah Shahrol, dia berharap agar Afdlin tidak terus mengaitkan pendakwah agama dalam hal ini dan memintanya untuk tidak menyokong kemungkaran dengan cara mempertahankan tempat tersebut sehingga boleh mengurangkan rasa hormatnya kepada pelawak itu.

Untuk rekod, Crackhouse merupakan kelab komedi adalah tempat seorang wanita yang membuat stand up comedy dengan memperkenalkan diri sebagai seorang Muslim dan menghafaz 15 juzuk al-Quran.

Namun, secara tiba-tiba dia telah membuka baju yang dipakai dan hanya meninggalkan pakaian yang sangat seksi sehingga mengejutkan ramai pihak.

Setakat ini, wanita berusia 26 tahun itu dan teman lelakinya telah ditahan polis bagi membantu siasatan.

Sumber : OMM / Instagram Afdlin Shauki, Shahrol Shiro

LihatTutupKomentar