Anak2 Simpati Masih Kecil, Hartawan Bantu Wanita Cvri 2 Peket Milo Tangguhkan Hukum4n

  


Kes seorang wanita mencuri dua paket Milo sehingga dijatuhi hukuman penjara 14 bulan oleh Mahkamah Majistret Marang mendapat simpati hartanah terkenal, Muhammad Azlan Al-Amin.

Menerusi satu perkongsian di laman Facebook, jutawan hartanah itu memaklumkan dia sudah mendapatkan khidmat guaman buat tertuduh, Suhaini Mohd yang berusia 43 tahun.

Tak sokong cuma simpati…

Menurut Muhammad Azlan, dia tidak menyokong perbuatan dan kesalahan dilakukan wanita berkenaan tetapi simpati terhadap nasib anak-anak tertuduh yang masih kecil.

“Saya sudah menghubungi dan mengarahkan peguam terkenal, Dato Naran Singh supaya esok (hari ini) beliau terus membuat permohonan penangguhan hukuman penjara.

“Saya sama sekali tidak menyokong tindakan salah wanita terbabit yang disabitkan kesalahan mencuri, salah tetap salah! Apatah lagi beliau terjebak masalah sosial yang tidak sepatutnya!

“Cuma saya simpati kepada nasib anak-anak beliau yang masih kecil dan berharap dapat dipinda kepada hukuman lain yang mudah mudahan ianya menjadi satu pengajaran kepada beliau,” katanya.

Berdasarkan laporan media kelmarin, tertuduh yang juga penagih dadah mempunyai tiga rekod jenayah mencuri barangan pasar raya sebelum ini  pada tahun 2019 dan 2021.

Bagaimanapun bagi Muhammad Azlan, dia berhasrat untuk membantu suri rumah terbabit bagi membina kehidupan baharu selain memberi bimbingan sewajarnya agar menjadi insan berguna.

Rayuan penangguhan hukuman

“Setiap manusia tak sunyi dari salah silap. Salah tetap salah, dan mahkamah yang mulia berhak menjatuhkan hukuman sewajarnya sebagai satu bentuk keadilan sekaligus pengajaran kepada pesalah.

“Cuma saya berharap, beliau diberi sedikit ruang dan bimbingan oleh kita semua untuk beliau berubah menjadi insan berguna.

“Jangan kita hanya melihat kepada bilis-bilis saja yang patut menerima hukuman, sedangkan berapa banyak lagi jerung-jerung di luar sana yang masih bebas meskipun berjuta atau berbilioan duit negara “digelapkan”

“Pada wanita ini, beliau perlu dibimbing. Jika kita semua terus mengecam dan tidak menyokong wanita ini memulakan serta membina hidup baru, sampai bila pun dia akan terus berada dalam kegelapan,” ujarnya.

Posting tersebut menerima 5,400 tanda suka dan hampir 700 komen netizen yang rata-rata memuji sikap keprihatinan hartawan itu selain mendoakan agar kebaikannya dibalas Allah SWT.

Sumber: omm

LihatTutupKomentar