Dengan berkerusi roda, ayah gigih cari kerja. Suami tak izinkan aku bagi duit kat ayah

   


#Foto sekadar hiasan. Assalamualaikum min. Hide profile yaa. Aku dan suami dah kahwin hampir 10 tahun dan kami tak ada anak lagi. Aku dan suami masing – masing kerja kerajaan. Aku frontliner sektor kesihatan. Suami pulak badan uniform.

Masalah kami ialah suami aku tak suka aku beri duit pada family aku. Dia cakap bukan tanggungjawab anak perempuan untuk bagi duit pada ibu bapa. Suami sentiasa cari alasan untuk haIang aku bagi duit kat mak ayah aku. Ayah aku sudah tak bekerja sebab 0KU, mak aku pula surirumah.

Kakak aku pun sudah berkahwin dan ada anak sorang, setiap bulan dia hulur RM150. Adik aku pun hulur RM250. Adik yang bongsu masih study di IPTA. Untuk pengetahuan, mak ayah masih tinggal di rumah sewa, RM400 tu digunakan untuk bayar sewa rumah dan makan minum diorang.

Adik aku yang di IPTA pun sanggup kerja sambilan sebab nak hulur duit kat mak ayah aku. Aku kesian kat adik dan mak ayah aku. Suami aku dah ada kereta dan moto, tapi bila habis pinjamanan dia p4ksa aku beli kereta baru yang lebih besar, alasan dia senang nak bawak family berjalan.

Tapi 5 tahun dah aku beli kereta tu, mak ayah aku baru pernah naik 2 kali. Dia cakap kat aku dia tak suka family aku naik dengan dia. Aku terasa hati min. Kereta tu aku yang bayar bulan – bulan. Silap aku sebab tak pandai bawak kereta atau motor.

Aku pergi kerja pun kadang – kadang naik grab atau pun kadang – kadang dia hantar, itu pun minyak kereta aku jugak yang kena isi. Barang – barang dalam rumah semua aku yang beli, tapi HUTANG! TV, peti ais and ada barang – barang lain semua hutang kat Seng Heng.

Semua nak yang mahal yang mewah. Memang aku sedar aku b0doh min, tapi dia kata cukup bulanan dia akan bayar cuma guna nama aku saja, hakik4tnya aku yang kena bayar. Dia buat macam tu supaya aku tak ada lebihan duit untuk hulur kat mak ayah aku.

Rumah aku dengan mak ayah tak jauh pun min, dalam 15 minit je, tapi dia jarang bawak aku pegi sana. Bila aku ajak je cepat – cepat dia keluar. Setahun dalam 3, 4 kali je aku balik rumah mak ayah aku. Bila aku balik senyap – senyap naik grab ke apa, dia marah m4ki aku cakap aku derh4ka tak dengar cakap dia.

Kalau aku bank in duit kat mak ayah aku pun macam mana mak ayah aku nak kuar kan duit. Mak aku tak pandai bawa kereta moto, ayah aku 0KU. Adik aku yang di IPTA tu study dia merosot sebab terp4ksa kerja kuat nak cari duit untuk sapot study dia dan mak ayah aku.

PTPTN dia pun dapat tak banyak sebab pendapatan family aku tinggi. Duit gaji suami aku? Bila hutang nama dia semua dah selesai, dia buat hutang baru min. Dia beli motor superbike, nafkah kat rumah pun kejap bagi kejap tak.

Sebab dia tahu gaji aku lagi tinggi dari dia. Kadang – kadang aku fikir mungkin sebab ni Allah tak bagi rezeki zuriat tu kat aku. Kalau tak mungkin aku juga yang kena kuarkan belanja untuk keperluan anak – anak. Lagi satu min, boleh dik4takan setiap bulan dia akan bawa family dia pegi holiday. Naik kereta aku.

Aku tak kisah sebab aku tak da masalah dengan family mertua dengan ipar duai, tapi kebanyakan belanja semua atas kepala aku. Sekali pegi holiday penuh kereta, kereta aku tu 12 seat, min bayangkan lah, ipar duai penuh dalam kereta.

Duit minyak apa pun tak hulur. Bila aku cerita kat mak aku, mak aku banyak nasihat suruh sabar je. Mak aku jenis tak suka masuk campur hal rumah tangga anak – anak. Mak aku selalu pesan jaga mertua macam family sendri, ganjaran besar.

Aku layan mertua aku macam layan mak aku, tiap bulan hulur duit, pegi rumah masak, makan sekali. Beli barang – barang  dapur kat mertua sebab aku fikir kalau aku on call suami aku akan makan kat sana. Mertua aku pun selalu cakap, anak sendiri pun tak pernah hulur duit kat dia tapi aku lah menantu pertama yang buat macam tu, aku tak kisah pun bab tu min. aku tak berkira.

Cuma aku sedih bila, aku boleh bawak family mertua holiday tapi aku tak boleh bawak family sendri holiday sebab suami aku tak suka family aku. Aku pernah tanya kenapa dia tak suka family aku, dia cakap sebab family aku selalu susahkan aku, mintak duit aku bagai.

Ya Allah min, aku terkedu min. Dia lupa ke family aku yang sapot aku masa aku belajar dulu, kalau family aku tak sapot aku , aku tak dapat kerje dan gaji tinggi macam ni. Dan dia bandingkan family dia dan family aku. Dia cakap parents dia tak pernah minta duit kat anak – anak pun.

Min, ayah dia ada pencen dan mak dia masih bekerja min. Memang la tak minta duit anak – anak. Mak ayah aku jauh lebih tua dari parents dia. Lagi pun dia dengan adik beradik dia semua tak masuk IPT sedangkan adk beradik aku semua masuk IPT.

Mestila belanja lagi lebih. Yang paling buat aku tak dapat nak tahan air mata bila ayah aku tak cukup duit dia akan cari keja jugak min, repair paip – paip rumah orang yang rosak ke apa ke. Dengan keadaan dia berkerusi roda tu. Allah. Aku tak tau macam mna nak bagi dia sedar min. Aku sedih tengok parents aku. Aku tekanan min.

Komen Pembaca :

Siti Mariam Babydaniashop : Belajar bawa kereta dan motor, ambik lesen. Stop lah bagi duit kat mak bapak mertua, tak payah beli barang basah rumah mertua. Jadi cerdik sikit. DahuIukan keperluan mak ayah ko. Dah susah sangat nak hulur duit kat mak ayah sendiri takut suami marah.

Ko upah jer runner hantar barang basah, barang kering. Laki marah buat b0doh ja. Jangan meIawan tapi cakap ja duit ko hak ko. Bab bawa family dia bercuti, sila berkembang sikit otak tu. Tak payah ikut. Buat – buat busy. Dah kalau ko tak ikut lantak dorang lah kalo nak berjalan.

Jangan bagi duit. Pandai – pandai lah laki ko kuar duit sendiri kalo nak bawa family dia berjalan. Kena tegas. Sekarang takda anak lagikan. Kalau suami tak berubah ko angkat ja la kaki.

Siti Rahmat : 10 tahun kahwin takde anak alhamdulillah. Suami macam ni ada baiknya tinggalkan sis kalau dia tak menghargai orang tua sis. Awak berhak kasi duit kat ibubapa awak. Suami awak takde hak nak tanya atau tahan awak.

Jangan ikutkan kata suami. Bertegas beri kata dua kat suami. Bagi saya la kalau suami bising – bising saya dengan rela hati mintk cerai dari biarkan orang tua saya diperlakukan macam tu.

Puan Sharida : Zaman sekrang ni, macam – macam cara boleh buat untuk bagi duit kat parents. Nak bank in boleh, nak bagi by hand boleh, nak pos pun boleh. Ada takda, sis beli lah barang – barang dapur online ke, hantar terus kat rumah parents.

Kalau dah suami cakap bukan tanggungjawab anak perempuan bagi duit kat parents, sis cakap lah itu tanggungjawab menantu laki yang bagi belanja. Nafkah isteri pun tunggang langgang. Jadi orang perempuan, walau macam mana pun, mesti kena ada financial freedom. Kerja dah penat – penat. Tup – tup orang lain pulak yang suka – suka habis kan hasil titik peluh kita.

Izzah Zarul : Harap sangat – sangat tt ini baca apa yang korang luahkan. Buka lah mata dan berfikir. Mulakan tindakan. Saya simpati pada tt nie. Tt awak terlalu baik untuk suami awak 2. Ya mungkin tt takut dengan status “J” tapi fikir balik kalau dengan status 2 dapat membantu ibu bapa tt apa salahnya insyallah Allah akan kurniakan pengganti yang lebih baik. Saya tahu tt baik. Tapi berpada – pada baiknya.


Sumber : luahanhati

LihatTutupKomentar