Mas Idayu Dah Terima ‘Tanda’ Dari Bakal Suami

Bakal melangsungkan pernikahan dengan Penerbit Eksekutif TV3, Muhammad Sufian Che Isa pada September depan, penyanyi Mas Idayu memberitahu dia sudah menerima tanda yang dihantar oleh bakal suaminya itu.

Memetik Harian Metro, Mas Idayu berkata Sufian hadir bersama keluarga di rumah keluarganya di Kota Tinggi Johor baru-baru ini dan tidak melangsungkan pertunangan.

“Ujian sangat kuat. Saya tak percaya ikatan sebab itu saya tak nak bertunang kerana benda-benda inilah. Selesai saja majlis, kami bermasam muka dan tak bercakap sehinggalah dia balik.

“Ini ujian paling besar yang kami lalui. Alhamdulillah kami dah okey semula. Dia pujuk saya semula. Ia hanya benda kecil yang tak patut berlakv,” katanya.

Dalam pada itu, penyanyi itu berkata ahli keluarganya juga sukakan Sufian. Ujarnya lagi, dia juga tidak menyangka Sufian mahu ‘ikat’ dan beri tanda.

“Ketika majlis berlangsung, saya berada dalam bilik dan tak dibenarkan keluar. Saya cuma tengok video yang dirakam oleh adik. Ketika nak pasang ‘tanda’ baru saya keluar.

“Keluarga saya pun tak banyak bertanya pada dia. Sebelum ini mereka tak suka pilihan saya kerana lebih muda daripada saya. Mana ada orang dalam masa empat bulan kenal terus ikat. Tak sangka dia nak ikat nak bagi tanda, okeylah.

“Perancangannya nikah pada sebelah pagi dan malamnya kami nak bersanding. Saya juga rancang nak khatam al-Quran pada majlis itu,” katanya.

Sumber: Harian Metro Via RotiKaya.Com
LihatTutupKomentar