Gara-gara Kongsi Akaun Bank, Wanita Sedih Ex-BF Songlap Duit Sampai Baki Tinggal Kosong

DALAM sesebuah hubungan, tidak dinafikan untuk curahkan segala-galanya yang kita ada untuk bersama pasangan, tidak kiralah yang sudah berkahwin ataupun yang masih bercinta, namun begitu kisah yang dialami oleh @cikjenny ini mengajar kita agar sayang dan setia macam mana sekalipun, kita tak perlu kongsikan semua perkara kepada mereka.

Duit dalam akaun bank habis Ex-BF kerjakan

Detik hitam yang memberi kesedaran kepada Jenny ini dikongsikan menerusi satu video dari akaun TikTok miliknya.

Dalam video yang berdurasi 2 minit 20 saat itu, Jenny tidak dapat menahan air matanya apabila dia membuat pendedahan tersebut.

Jenny menceritakan bahawa dia mempunyai 2 akaun bank iaitu CIMB dan Bank Islam, segala wang yang diperoleh hasil daripada membuat review akan diletakkan ke dalam akaun CIMB dan gunakan Bank Islam untuk membuat simpanan.

Akui dirinya seorang yang kuat berbelanja, wang dalam akaun CIMB itu tak banyak. Jenny menjelaskan bahawa dia ada bercinta dengan seorang lelaki sebelum ini, jadi dalam Bank Islam yang dibuat simpanan itu segala urusan transaksi online memerlukan TAC daripada bekas teman lelakinya.

“Bukan nombor dia, tapi nombor lama Jenny, so tak percaya tu kitaorang bertukar nombor.”

Sebelum cerita di sambung, Jenny dilihat menangis kerana sudah 4 tahun tidak pulang beraya di kampung. Terkejut ketahui akaun Bank Islam tinggal kosong, Jenny menghubungi kakak kepada teman lelaki tersebut.

“Semalam Jenny call kakak dia, dia cakap dia ambil duit tu sebagai balasan Jenny tinggalkan dia, lepas tu barang-barang yang dia belikan dekat Jenny semua tu, Jenny kena bayar balik. Dia cakap dia ada hak dekat duit tu sebab dia dah banyak habiskan duit dekat Jenny.”

Sambil menangis, Jenny mengatakan bahawa adik-adiknya tidak tahu mengenai hal ini dan sambung Jenny, rupa-rupanya bekas teman lelakinya dah beritahu kakaknya awal-awal jika Jenny ada hubunginya untuk memberitahu perkara sedemikian.

Walaubagaimanapun, Jenny enggan memperbesarkan isu ini memandangkan bekas teman lelakinya itu sudah berkahwin dan ada anak.

“Nanti karang bini dia cakap aku meroyan pula,” jelas Jenny lagi.

Oleh sebab itu, Jenny berpesan buat kaum wanita agar tidak dedahkan jumlah wang yang kita ada dekat pasangan, sebab duit itu yang akan membantu mereka nanti.

Malah, Jenny pun tidak salahkan bekas teman lelakinya, sebaliknya salahkan dirinya sendiri kerana tidak ambil peka mengenai hal ini.

“Aku memang tak sangka langsung yang dia boleh buat macam tu, aku faham kau mungkin nak guna duit tu untuk anak bini kau, tapi kau fikirlah aku juga wei.”

Jenny tahu bahawa duit boleh dicari dan rezeki itu ada, cuma dia sedih kerana raya Aidilfitri dah makin hampir.

Dalam masa 22 jam, video itu telah meraih 3 juta tontonan di TikTok sebelum tular di Twitter sehingga meraih lebih daripada 2,000 jumlah retweets dalam masa 14 jam.

Ia memberi pengajaran kepada netizen agar tidak sewenang-wenangnya kongsikan maklumat peribadi kepada pasangan bahkan ada yang mengingatkan agar hadkan perkongsian jika belum berkahwin.

Hurm, bagi min bercinta pun kenalah berpada-pada seperti netizen ni cakap, kawan ke, kekasih ke, tunang sekali pun jangan kongsikan dulu.

Rakaman yang tular

Oleh Ujang 
LihatTutupKomentar