Cukuplah empat tahun jiwa tersiks4, cinta dikhi4nati, Puteri Sarah enggan menanggung penyiks4an lebih p4rah


cukuplah empat tahun jiwa tersiks4, cinta dikhi4nati dan hidup sering makan hati berulam jantung. Puteri Sarah enggan menanggung penyiks4an lebih p4rah hingga menyebabkannya berdepan pend3raan emosi dan m3ntal.

Selama ini, segala-galanya ditelan hidup-hidup disebabkan mahu mempertahankan rumah tangga dibina atas dasar cinta bersama pengarah dan pelakon, Syamsul Yusof selama lapan tahun.

Namun, setiap kesabaran tentu ada batasannya. Selama ini, derita ditanggung terpikul atas bahunya sendiri, tanpa mampu dikongsi dengan sesiapa.

Segala-galanya bagaikan terluah sebelum pelakon yang diperkenalkan menerusi drama popular, Dunia Anita itu berangkat mengerjakan umrah buat kali kelima di Tanah Suci Makkah dengan tenang, baru-baru ini.

Perjalanan kali ini lebih lama hanya ditemani cahaya mata, Syaikhul Islam, 5, dan Sumayyah, 3, dan dua pembantu rumah tanpa Syamsul. Puteri Sarah juga bakal menyambut Aidilfitri di kota suci, Makkah, sebelum meneruskan percutian selama seminggu ke Turki.

Sambil merenung jauh, Puteri Sarah berkata, niat pertamanya sebaik pintu sempadan negara dibuka adalah mengerjakan ibadah umrah pada bulan Ramadan, selain mengejar Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir dan mohon petunjuk Allah ketika berada di Tanah Suci Makkah.

Empat tahun ini kehidupan saya bagaikan rollercoaster, sering diuji dan penuh cabaran. Jujurnya, saya sudah tidak mampu mempertahankannya lagi.

Kemelut rumah tangga saya bagaikan tidak kesudahan dan tiada jawapan pasti, apatah lagi, diuji dengan g4ngguan orang ketiga, sekali gus mend3ra emosi dan m3ntal.

Hanya pada Allah saya meluahkan kes3ngsaraan disebabkan tidak mampu berkongsi dengan sesiapa demi menjaga m4ruah diri dan keluarga.

Namun, saya juga manusia biasa yang mempunyai hati dan perasaan. Saya bukannya b4ngkai bernyawa yang boleh terus menelan gangguan orang ketiga berterusan selama empat tahun.

Hari ini, saya lega apabila segala yang terbuku di hati sudah pun terluah, sebelum saya berangkat ke Tanah Suci. Saya mahu mengerjakan ibadat dengan tenang, selain mohon petunjuk Allah.

Wanita kelahiran London, England itu berkata, dia reda dengan apa juga petunjuk Allah.

Tentunya saya mohon Allah berikan hidayah kepada manusia yang menya.kiti hati saya, selama ini. Saya mahu memulakan kehidupan baharu sekembali dari Tanah Suci. Apapun detik hati dan petunjuk yang Allah berikan, itulah yang saya akan ikut.

Buat masa ini, saya tak berani nak cakap apa-apa. Apapun keputusan saya selepas ini, itu adalah petunjuk Allah.

Jika Ditakdirkan Masih Bersama

“Saya tak mampu nak tanggung s3ngsara seumur hidup. Saya perlukan ketenangan dalam mencari jalan keluar daripada kemelut rumah tangga tak berpenghujung,”

katanya secara eksklusif.

Namun, pelakon filem Lu Pikirlah Sendiri de Movie dan Usin UFO itu berkata, dia masih memberikan suaminya ruang sekiranya mahu memperbaiki perhubungan yang dingin, selama ini.

“Jika ditakdirkan jodoh bersama Syamsul masih panjang, saya terima. Namun, jika Allah sudah menetapkan, cukup-cukuplah empat tahun tanggung d3rita, saya reda dengan apa juga takdir yang tercipta.

Segala-galanya bukan keputusan mudah, apatah lagi, sudah lapan tahun hidup bersama. Keluarga mentua pula terlalu baik, melayan saya seperti anak sendiri dan menyayangi Syaikhul dan Sumayyah tanpa berbelah-bahagi.

“Namun, noturning back ketika pintu hati sudah tertutup rapat,” katanya dengan s3bak.

Mengulas mesej diterima menerusi berpuluh-puluh akaun p4lsu dipercayai wanita perosak rumah tangga, Puteri Sarah berkata, dia akan meneruskan s4man terhadap wanita berkenaan.

“Wanita ini bukan sahaja mengg4nggu rumah tangga selama empat tahun, malah, turut melakukan pend3raan m3ntal dan buli siber menerusi akaun p4lsu serta mesej diterima.

Segala bukti sudah diserahkan kepada dua peguam untuk tindakan mengheretnya ke m4hkamah. Jadi, tunggu surat s4man saya dalam masa yang terdekat.

Saya akan berjuang habis-habisan untuk mempertahankan hak saya sebagai wanita ter4niaya,” katanya yang kini berada di Madinah.

Terdahulu, Puteri Sarah akhirnya buka mulut berhubung gangguan orang ketiga hingga menyebabkannya tidak tinggal sebumbung dan hubungan dengan suami dingin, baru-baru ini.

Sejak 2019, Puteri Sarah sering menerima komen meny4kitkan hati menerusi akaun p4lsu dalam laman sosial, dipercayai angkara wanita per0sak rumah tangga yang mahu mem3cahbelahkan rumah tangganya.

Semoga beliau dipermudahkan urusan dan dipertemukan jalan penyelesaian daripada masalah tersebut

Sumber Dan Rujukan.

infoslikemedia
LihatTutupKomentar