Bayi Lelaki Baru Lahir Sempat Gengg4m Alat Cegah Hamil IUD Ibu

Bayi Lelaki Baru Lahir Sempat Gengg4m Alat Cegah Hamil IUD Ibu

Siapa sangka walaupun telah memakai alat cegah hamil IUD untuk mencegah kehamilan, namun takdir tuhan seorang wanita tetap hamil dan selamat melahirkan seorang cahaya mata. Lebih istimewa, bayi lelaki yang baru dilahirkan di Vietnam tersebut didakwa menggenggam gegelung kontraseptif yang digunakan ibunya untuk mencegah kehamilan.

Guna IUD 2 Tahun Lalu

Wanita terbabit yang berusia 34 tahun dan mempunyai dua anak sebelum ini dikatakan menggunakan perancang keluarga IUD tersebut kira-kira dua tahun lalu.Ia didakwa keluar bersama bayi tersebut ketika dia dilahirkan.

Pakar Obstetrik, Tran Viet Phuong di Hai Phong International Hospital, utara Vietnam tidak melepaskan peluang untuk mengambil gambar unik tersebut.

“Saya rasa ia foto yang menarik dan tidak menyangka akan mendapat perhatian ramai,” ujarnya.

Gagal Cegah Kehamilan

Menurutnya, IUD tersebut mungkin gagal mencegah kehamilan wanita itu kerana ia telah berubah daripada kedudukan asalnya.Bayi lelaki sihat itu dilahirkan seberat 3.2 kilogram dan masih berada di bawah pemantauan doktor bersama ibunya.

Difahamkan, IUD yang dimasukkan ke dalam uterus wanita berfungsi untuk melepaskan tembaga atau hormon bagi mengelakkan sperma daripada bersenyawa dengan telur.

MW: Takdir Tuhan sebaik-baik perancangan. Semoga bayi sihat sempurna dan membesar dengan baik.

Sumber: Sinar Harian, Daily Mail / mingguanwanita
LihatTutupKomentar