Sebut saja mengenai raya, pasti ramai tidak sabar memakai busana baharu yang dibeli pada bulan Ramadan lalu dan menangkap gambar bersama orang tersayang di sepanjang musim perayaan.
Baju raya RM20k mvsnah
Namun, lain pula yang menimpa seorang wanita ini pada baru-baru ini di saat umat Islam sedang bergembira menyambut perayaan tersebut dengan mengenakan busana pilihan, meskipun disambut dalam keadaan yang huru-hara.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik oleh Farahwen di laman TikTok miliknya, busana baju raya bernilai RM20,000 yang ditempah olehnya sejak tiga bulan yang lalu ‘musnah’ dalam sekelip mata saja dan ia merupakan detik perayaan yang paling menyedihkan buat dirinya.
Gara2 tertumpah kuah sate atas kain sutera
Menurut wanita itu, busana sutera yang dipakai olehnya itu terkena kesan kuah sate dan ini menyebabkan kesan tersebut sukar untuk dihilangkan. Apa yang menyedihkan lagi bagi Farah, dia mengatakan tidak sempat untuk bergambar bersama ahli keluarganya dengan memakai baju raya tersebut.
Saja je ni nak bagitahu satu dunia baju mahal
Perkongsian yang meraih sebanyak 108 ribu tontonan di platform tersebut mendapat pelbagai reaksi di kalangan warganet dan rata-ratanya memberikan sindiran sinis kepada wanita tersebut dengan mengata kuah sate tersebut merupakan alasan, sebaliknya dirinya hanya mahu memberitahu harga baju yang beli.
Mahal2 ingatkan kalis minyak
Selain itu, terdapat juga warganet menyindir harga baju tersebut dengan berharap agar busana tersebut kalis kepada minyak, air dan api.
Pakai baju murah jelah senang…
Pada masa yang sama, ada yang berpendapat bahawa memakai baju murah adalah lebih mudah dan ‘mesra’ jika hendak dibandingkan dengan kain sutera yang dipakai oleh wanita itu.
Meh sini, nak kongsi petua tak nak rugi…
Walau bagaimanapun, masih terdapat segelintir warganet tidak kekok berkongsi tips bagi menghilangkan kesan minyak sate tersebut.
Sumber:Ohmm Via Nasihatustaz